Tradisi Intelektual Asia Barat-Afrika

ImageDr. Sir Muhammad Iqbal

Dr. Sir Muhammad Iqbal lebih dikenali sebagai pensyair dan ahli falsafah. Dalam masa yang sama, beliau juga seorang ahli politik, ahli undang-undang serta reformis social dan cedekiawan Muslim. Beliau juga digelar sebagai penyair besar Timur. Anehnya, Iqbal sendiri tidak pernah menganggap dirinya seorang penyair seperti dinyatakannya dalam surat-menyuratnya dengan ulama terbesar di India, iaitu Syed Sulaiman Nadvi (1885-1953). Walaupun begitu, Iqbal mampu mengungkapkan idea-idea besar serta gagasan-gagasan reformis social melalui karya-karya puisinya.

Setelah bencana yang mengikuti Perang Balkan 1912, jatuhnya kekhalifahan di Turki, serta provokasi dan penindasan terhadapa Muslim di India (1924-1927) dan di Negara-negara lain oleh kaum inetelek dan pemimpin sekuler (absolutely), Iqbal menyarankan bahawa Negara terpisah (India dan Pakistan) harus diberi kepada masyarakat Muslim di India sehingga mereka dapat menjalani syariat agama sepenuhnya.

Info : Pakistan[1]

Perjuangan Iqbal sebagai aktivis Islam ini dimulai dengan pidato berjudul “Islam as a Social and Political Idea” di Aligarh pada tahun 1910. Aspirasi politiknya kemudia disalurkannya melalui Liga Muslim. Pada pertemuan tahunan di Allahabad tahun 1930, ketika beliau diangkat menjadi Ketua Liga Muslim, di mencetuskan gagasan bahawa Muslim India Timur Laut harus memisahkan diri dan membentuk Negara sendiri. Namun, Iqbal tidak sempat menyaksikan bedirinya Negara Pakistan kerena meninggal dunia pada tahun 1938. Dua tahun kemudian berlakunya pilihan raya terhadap Liga Muslim tentang pembentukan Negara Pakistan. Pada tahun 1947 gagasan Iqbal , yang sering dikumandangkannya melalui tulisan dan puisi, menjadi kenyataan.

Atas jasanya itu, Iqbal mendapat gelaran “Pahlawan”. Lapangan Terbang Antarabangsa Lahore digantikan nama menjadi Lapangan Terbang ANtarabangsa Allama Muhammad Iqbal dan 12 April dijadikan cuti umum bagi memperingati pemergian Iqbal.

Lahir di Sialkot, India (kini Pakistan) pada tahun 1837, Muhammad Iqbal dibesarkan oleh orang tua soleh yang hidup sebagai pedagang kecil. Pendidikan menengahnya ditempuh di scotch Mission College, Sialkot dan dilanjutkan di Goverment College, Lahore. Di sana, Iqbal mendapat anugerah dua pingat emas untuk nilai tertinggi dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan Eropah. Tidak puas dengan pencapaian itu, Iqbal menjelajah Eropah untuk menuntut ilmu. Beberapa gelaran keserjanaan diperolehi antaranya dari Universiti Cambridge, Universiti London dan Universiti Munich. Selama di London Iqbal menjadi peguam, bahkan Berjaya menjadi peguam rasmi di mahkamah.

Beberapa puisi Iqbal yang terkenal adalah , Shikwa (“The Complaint”), Jawab Shikwa (“Reply to Complaint”), Asrar-e-Khusi (“Scerets of Self”) dan Zaboor-e-A’jam (“Persian Psalms”). Seorang sarjana Eropah yang menterjemah Persian Psalms, memuji Iqbal sebagai Pensyair paling berbakat dan paling halus dalam menyajikan ghazal (puisi cinta) gaya Parsi. Selain puisi, Iqbal menulis sebuah buku bertajuk Reconstruction of Relegious Thougt in Islam (1930), The Decelopment of Metaphysics in Persi (1908) dan ‘Ilm al-Iqtisod (The Subject of Economic-1903).

Banyak puisi Iqbal yang bertemakan imbauan kepada masyarakat Muslim untuk bersatu dan mengadakan Reformasi. Menurutnya, reformasi mampu dicapai melalui tiga tahap yang harus dilakukan setiap individu :

1- Patuh pada hukum Islam

2- Mengendalikan diri

3- Menerima bahawa setiap orang berpotensi sebagai Khalifah.

Iqbal memandang masyarakat Islam seharusnya mempu menyerukan dan mengajarkan ‘kebersamaan’ dan ‘keadilan’. Sekembalinya dari lawatan ke Afghanistan pada tahun 1933. Kesihatan Iqbal menurun. Tetapi gagasan-gagasan yang dibawa seperti keagamaan dan politiknya tetap diterima secara meluas dan masyhur pada saat itu. Salah satu hal terakhir yang dilakukan ialah mendirikan Adarah Darul Islam, sebuah lembaga yang memberikan subsidi untuk penelitian-penelitian Islam klasik (turath) dan Ilmu-ilmu social kontemporari. Barangkali itulah keinginan terakhir Iqbal , iaitu untuk mengahwinkan ilmu-ilmu moden dengan falsafah Islam untuk menciptakan jambatan pemahaman pada tingkat intelektual tertinggi.

Iqbal mati meninggalkan dunia Islah dan reformasi ini pada 12 April 1938. Pensyair besar India, Rabindranath Tagore menyatakan bahawa kematian Iqbal menciptakan kehampaan , dalam kesusasteraan. Kehampaan itu seperti luka yang memerlukan waktu yang lama untuk kembali sembuh.

 


[1] Republik Islam Pakistan atau Pakistan, adalah sebuah negara yang terletak Asia Selatan. Ia mempunyai garis pantai 1,046 kilometer (650 batu) sepanjang Laut Arab di selatan, dan disemapadani oleh Afghanistan dan Iran di barat, India di timur dan China di timur laut jauh.
Majoriti penduduk Pakistan adalah Muslim Sunni. Pakistan adalah negara ke-6 yang mempunyai penduduk teramai di dunia dan negara ke-2 yang mempunyai penduduk beragama Islam teramai di dunia selepas Indonesia.

Pakistan sebenarnya sebahagian daripada India dan berpecah kepada Pakistan Barat dan Pakistan Timur. Pakistan Timur dikenali sebagaiBangladesh , kini.

Pakistan pernah dijajah oleh British dan menjadi sebahagian dari India British yang berpusat di Delhi. Tapak tamadun purba Mahenjo Daro terletak diLembangan Indus, Pakistan. Lembangan ini pernah dijajah oleh kuasa Parsi dan Greek . Kemudian dikuasai oleh kuasa Arab, Afghan, Turki , Balochdan Mongol.

Advertisements

3 thoughts on “Tradisi Intelektual Asia Barat-Afrika

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s