Kita dan Tuhan Kita

20130919-060030.jpg

Kita Masih Punya Peluang Untuk Kembali Ke Pangkal Jalan.Janganlah Sia- Siakannya Lagi.Marilah Berubah.Jangan Pernah Berputus Asa Dengan Rahmat Allah SWT.

–——————-

kegelapan malam
mampu menukar kain yang putih menjadi hitam

kegelapan malam
mampu membutakan mata si celik lemas terkapai-kapai

tapi untuk setiap malam
ada siang yang datang menjelma menukar gelita menjadi cerah gundana

untuk setiap malam
biar segelap mana
pasti ada cahaya di siang harinya

begitu juga hidup
kita sebagai manusia
hidup di dunia ini ada tanggungjawabnya

jangan sesekali memikirkan hidup ini percuma
ada tanggungjawab yang perlu dilaksana sebagai hamba

tapi manusia
adat mana yang tidak melakukan kesilapan
silap hari pasti kita tersalah langkah juga

banyak yang berputus asa tidak kembali
lenyap dalam sejarah dunia

tapi ketahuilah
Allah SWT Maha Penerima Taubat bertaubatlah kita

bertaubatlah sementara masih ada masa
kerana cahaya itu sentiasa ada

biar segelap mana sekalipun jalan kita pernah lalui
bertaubatlah

jangan fikirkan kata orang lain!
kerana kata-kata manusia bisa membunuh

ya Allah
ampunkanlah dosa-dosa kami
berikanlah petunjuk dan hidayah-Mu kepada kami

amin.
HasnanDaud
Sweileh, Amman Jordan.
19.9.2013

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s