Ada apa dengan Puasa Bulan Ramadhan Part 1

Ada apa dengan Puasa (Bulan Ramadhan) Part 1

 Muqaddimah

Ramadhan Bulan di nanti-nantikan
Ramadhan Bulan yang di nanti-nantikan oleh Hamba-hamba tuhan yang tahu kepentingannya.

Berpuasa. Tidak ada apa yang menarik bagi sesetengah manusia yang lain. Mungkin ianya satu rutin harian dalam kehidupanya, apabila tiba bulan ramadhan, maka berpuasalah mereka.

Berpuasa. Tidak lah ada apa hanya menahan diri, perut dan mulut daripada makan minum dan perkara-perkara membatalkan puasa. Situasi ini kalau di timbang (di nisbahkan) hampir separuh ummat Islam berpuasa tidak mempunyai apa-apa melainkan lapar dan dahaga.

Nampaknya bulan Ramadhan bakal tiba tidak lama lagi , bagaimana persediaan jasad, rohani dan akal kita? Apakah ramadhan kali ini sama saja dengan lepas yang sudah berlalu?

Saya menulis artikel ini adalah sebahagian usaha kecil saya (persediaan) agar puasa kali ini benar-benar bermakna dan menyucikan jiwa atas perasaan penuh kehambaan-tunduk kepada Allah SWT. Inilah tujuan asal penulisan kali ini. Semoga apa yang ditulis ini akan mengingati saya sepanjang bulan ramadhan. Taqwa itu maqosid utama.

Agama dan Logik

Kalaulah Agama itu hanya pada logik akal fikiran ‘semata-mata’, pasti kita terfikir apa lah sangat menyapu air di atas khuf? Sedangkan logiknya sapulah air wudu’ itu pada khuf di bahagian bawah tapak kaki, sebab yang kotor adalah tapak kaki bukan di atas (bahagian yang sepatutnya disapu) .
Kalaulah Agama itu hanya pada logik akal fikiran ‘semata-mata’, pasti kita terfikir apa lah sangat menyapu air di atas khuf? Sedangkan logiknya sapulah air wudu’ itu pada khuf di bahagian bawah tapak kaki, sebab yang kotor adalah tapak kaki bukan di atas (bahagian yang sepatutnya disapu) .

Agama bukan dengan logik semata, agama mesti dibangun di atas dalil. Dalam meyakini suatu akidah dalam Islam mesti dengan dalil. Dalam menetapkan suatu amalan dan hukum pun dengan dalil. Kalau seandainya agama dengan logik semata-mata , maka tentu bahagian bawah sepatu (khuf) lebih utama disapu daripada bahagian atasnya. Kita perhatikan Hadis Nabawi ini,

Dari ‘Ali radhiyallahu ‘anhu, ia berkata :

لَوْكَانَ الدِّينُ بِالرَّأْىِ لَكَانَ أَسْفَلُ الْخُفِّ أَوْلَى بِالْمَسْحِ مِنْ أَعْلاَهُ وَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَمْسَحُ عَلَى ظَاهِرِخُفَّيْهِ

Seandainya agama dengan logik, maka tentu bahagian bawah khuf (sepatu) lebih patut untuk disapu daripada atasnya. Sungguh aku pernah melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengusap bahagian atas khufnya (sepatunya)[1].”

Kata Ash Shon’ani rahimahullah :

“Secara logik yang lebih utama perlu disapu adalah bahagian bawah sepatu daripada atasnya karena bagian bawahlah yang langsung bersentuhan dengan tanah.” Namun kenyataan yang dipraktekkan Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam tidaklah demikian[2].

Huraian kefahaman saya (penulis) :

Kalaulah Agama itu hanya pada logik akal fikiran ‘semata-mata’, pasti kita terfikir apa lah sangat menyapu air di atas khuf? Sedangkan logiknya sapulah air wudu’ itu pada khuf di bahagian bawah tapak kaki, sebab yang kotor adalah tapak kaki bukan di atas (bahagian yang sepatutnya disapu) .

Benarlah, Islam bukan sebuah Agama logik yang mengikut kehendak akal kita sahaja tetapi Islam mempunyai disiplin dalam menafsir sesuatu nas dan menetap sesuatu hukum.

Puasa. Berpuasa. Puasalah.

Maka Puasa itu sebahagian tuntutan Agama. Lalu apakah rahsia atau hikmah atau maqosid syari’ (Allah) mewajibkan hamba-hambanya berpuasa di bulan Ramadhan atas syarat-syarat dan rukun-rukunnya. Secara logik, seakan-akan merugikan Ekonomi Negara kerana hampir semua penduduk Muslim Islam berpuasa lalu restoran tutup, jadi bagaimana Ekonomi Negara mahu berkembang. Nah Logik! Kita tolak cara fikir tersebut.

يَاأَيُّهَاالَّذِينَ آمَنُواكُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Hai orang-orang yang beriman! diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,” (Al-Baqarah: 183)

Hadis Ya Ma’syara & Ada Apa dengan Puasa.

Anak Muda, Nafsu Muda, Kahwin dan Puasa
Anak Muda, Nafsu Muda, Kahwin dan Puasa

Perhatikan hadis Nabi Muhammad SAW dibawah :

يامعشرالشباب ، من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغض للبصر، وأحصن للفرج ، ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء

“Wahai sekalian pemuda-pemuda: Sesiapa di antara kamu yang mampu nikah (disebut dalam syarah makna hadis ini, “Nikah” bererti jima’, nafkah dan mahar)”, maka berkahwinlah; kerana sesungguhnya ia (kahwin) lebih menundukkan pandangan, lebih menjaga kemaluan. Dan jika dia tidak mampu, maka (digalakkan) berpuasa; itu adalah penjagaan baginya[3].”

Hadis ini menceritakan beberapa sisi, antaranya tuhan menceritakan saat , tempoh , masa dan zaman seseorang itu bergelojak nafsunya di sebabkan faktor sekeliling, fitrah dan ujian cabaran usia iaitu pada era muda-mudi atau remaja (bujang dan dara).

Lalu Allah Azzawajal memesan melalui utusan Agungnya, Nabi Muhammad SAW, kepada remaja-remaja atau pemuda-pemudi yang mampu atau berupaya maka berkahwinlah (di saat nafsu remaja sedang kuat) kerana dengan cara ini boleh menjaga pandangan dan boleh menjaga kehormatan. Jika tidak mampu , maka pesan tuhan agar kita ‘berpuasa’. Dengan Puasa itu ada benteng.

Saya tidak berminat untuk hurai isu kahwin di sini kerana tujuan utama saya ialah mahu berkongsi isu puasa, cuma sebelum kita langkah jauh masuk kepada maqosid ramadan yang boleh membantu kita dalam melaksanakan ibadah puasa ramadhan penuh kelazatan dan kenikmatan, maka saya datangkan hadis di atas sebagai muqaddimah kepada pembuka hikmah-hikmah lain kepada inti-makna puasa.

Sedikit respon saya persoalan berkaitan kahwin (serius tidak minat tapi terpaksa kongsi) , golongan yang berada dalam keadaan wajib kahwin ini wajar di bantu, bukan dikritik. Mereka ini ada kalanya tidak mampu tetapi sudah bersedia.

Mereka bersedia menjadi pasangan pelamin yang masing-masing mempunyai tanggungjawab, untuk menjadikan kahwin sebagai wasilah berubah dan menjadi seorang hamba Allah yang lebih baik, tetapi kekangan mereka mungkin dari segi kewangan utamanya.

Masyarakat wajar melihat kahwin usia muda bukan satu perkara mudharat, bahkan ianya satu keutamaan mungkin pada bebrapa pandangan sarjana muda intelektual Muslim Islam seperti AlFadhil Ustaz Dr. Muhammad Hawa “Antara permasalahan yang saya maksudkan pada tajuk : permasalahan pemuda zaman sekarang, ialah keenganan atau melambatkan perkahwinan…..[4]”. Mudahkanlah mereka dan bimbing mereka.

Antara Kitab tulisan Dr, Muhammad Saed Hawa (anak kepada Shekh Hawa).  Bertajuk : Pembangunan Anak muda / Pemuda Pemudi
Antara Kitab tulisan Dr, Muhammad Saed Hawa (anak kepada Shekh Hawa).
Bertajuk : Pembangunan Anak muda / Pemuda Pemudi
582717_416291981762997_1633907731_n
Dr Muhammad Saed Hawa Hafizahullah Ta’ala, Pensyarah Universiti Mu’tah, Ulama bidang Hadis dan Pemikir Intelektual Muslim.

Namun, pada realiti zaman sekarang, kita dapati tidak semua anak muda mampu dan mempunyai keupayaan kahwin di usia muda sekalipun nafsunya kuat dan tidak tahan. Apatah lagi di zaman serba mahal ini. Zaman semua naik!

Islam datangkan solusi kepada mereka yang tidak mampu, agar ‘berpuasa’.

Puasa! Benarkah Puasa itu berjaya merawati? Atau hanya sekadar menahan perut daripada lapar? Menahan mulut dan perut daripada minum dan hilangkan haus dan lapar? Menahan faraj dan zakar daripada melakukan hubungan kelamin?

Atau falsafah puasa itu melebihi daripada apa yang kita sangkakan? Atau puasa itu pada zahirnya tiada apa-apa menarik kecuali melihat secara halusi dan mendalam lalu tersingkap hikmah puasa tersebut. Ternyatalah puasa itu, ada padanya hikmah yang boleh di ketahui segera dan ada juga tidak segera.

Puasa itu ajaib. Kita bahas.

Puasa dan 7 Hikmah yang diketahui[5]

Ulama Dunia di hormati. Penulis Menggunakan tulisan beliau iaitu Fiqh Puasa dalam menghuraikan 7 hikmah berpuasa.
Ulama Dunia di hormati. Penulis Menggunakan tulisan beliau iaitu Fiqh Puasa dalam menghuraikan 7 hikmah berpuasa.

Tidak di syariatkan oleh Islam sesuatu perkara kecuali di sebaliknya ada hikmah ataupun mempunyai objektif (maqosid) yang ingin di capai. Lalu benarlah pepatah arab menyebutkan :

[6] “علمها من علمها و جهلها من جهلها ”

Erti : tahu bagi mereka tahui, jahil bagi mereka yang jahil.

Sebagaimana Allah Azzawajal menciptakan manusia , tidak sunyi di sana daripada tujuan, hikmah atau matlamat utama (maqosid) pada penciptaan-Nya. Begitulah dengan hukum hakam dari Allah SWT bila di syariatkan maka tidak sunyi walau sebesar zarah , di sana ada hikmah atau objektifnya (kebaikan dan keburukan) buat hambanya.

Perkara ini termasuk di dalam semua perkara samada dalam ibadah mahupun muamalah, tidak sunyi daripada tujuan disyariatkan kerana segala apa yang diturunkan oleh Allah SWT bukan bersifat (عبثا) iaitu sia-sia.

Allah Maha Agung. Segala puji pujian hanya layak untukNya. Allah itu pemurah , lalu pemurahNya untuk semua. Maka hukum Allah pada ketaatan itu membawa kepada maslahah (kebaikkan) mukallaf (hamba-hambaNya). Saya memetik 7 hikmah yang bisa kita ketahui dan maslahah (kebaikkan-kebaikkan) yang banyak terkandung pada pensyariatan puasa daripada kitab Silsilah Fiqh Mudah bagi Muslim melalui suluhan Alquran dan Al-Hadis, tulisan Qaradawi (kitab asal).

Terlalu banyak hikmah berpuasa , kalau tidak, tidak lah tuhan memerintah kepada para pemuda-pemudi yang tidak berkemampuan untuk berkahwin agar puasa, kalau ianya tidak ada hikmah dan kepentingan. Inilah hebatnya pensyariatan Allah SWT. Melangkau pemikiran manusianya dalam bab pengabdian diri (hamba) kepada Tuhan (Allah SWT).

Apa itu Hikmah yang 7, bersambung

[1] (HR. Abu Daud no. 162. Ibnu Hajar mengatakan dalam Bulughul Marom bahwa sanad hadits ini hasan. Syaikh Al Albani menshahihkan hadits ini).

[2] Lihat Subulus Salam, 1: 239.

[3] (Hadis Sahih Riwayat Al-Bukhari 1905, Muslim 1400)

[4] صناعة الشباب , د.محمد سعيد حوّى, m/s 65

[5] Fiqh Puasa, Qaradawi.

[6] Fiqh Puasa, Qaradawi. M/s 11, perenggan ke-4 dari atas.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s