MENUNTUT ILMU 1

 وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

MUQADDIMAH

Menuntut ilmu tidak ada penghujungnya. Tinggal lagi manusia itu rajin atau malas menekuninya sahaja menjadi perbualan di sini. Zaman facebook dan twitter kita sering di undang kecaman oleh sesetengah ilmuan bahawa wujud segelintir masyarakat kita menyebarkan ilmu tanpa sandaran kuat. Pun begitu, kita boleh memuji kesedaran masyarakat kita terhadap peranan ilmu dalam kehidupan seharian kita. “Sebenarnya bukanlah satu kecaman, tetapi sesuatu yang baik demi sebuah kematangan ilmu berlandaskan sandaran ilmu yang tepat….”

Oleh itu, fenomena ikut-ikutan semata, baik atas nama wala, taat dan thiqah tanpa kita mendalami selok belok ilmu asas seperti ulum hadis, usul tafsir, usul fiqh, maqosid shariah, sosiologi dan lain-lain akan membuatkan kita sombong daripada teguran orang lain bahkan menolak mentah-mentah wacana dan perbincangan sihat di atas alasan ulama sudah ijma’ atau sepakat dalam perkara (mutaghayyirat : fasal ahkam berubah-ubah), mereka juga beralasan bahawa ulama mesti alim dan tidak lakukan kesilapan, wajib pertahankan ulama dan sebagainya.

“Perlu sedari ,ada beza  mereka mencintai ulama atas dasar ilmu dengan mereka mencintai ulama atas dasar suka-sukaan dan ikut-ikutan…”

Saya melihat fenomena ini sangat dekat dengan diri saya dan kehidupan bermasyarakat (kawan-kawan) yang rata-ratanya, kini sedang menuntut di universiti-universiti timur tengah lebih-lebih lagi di Yaman, Jordan dan Mesir. Mungkin sukar untuk diterima hakikat teguran ini namun , bukanlah berpunca di mana awak belajar tetapi persoalan diri sendiri, iaitu bagaimana kita berta’ammul (berhubung) dengan nas, realiti masyrakat, akal dan maqosid shariah.

“bukanlah berpunca di mana awak belajar tetapi persoalan diri sendiri bagaimana kita berta’ammul (berhubung) dengan nas, realiti masyrakat, akal dan maqosid shariah…”

TEGURAN SUCI BUAT KAWAN.

Sangat di galakkan membaca.
Sangat di galakkan membaca.

Teguran suci terhadap mufti Johor sebuah karya ringkas tetapi luas gaya penulisannya. Karya Prof. Dr. Hamka, ‘Teguran Suci dan Jujur terhadap Mufti Johor‘ adalah sebuah karya yang sangat baik untuk pembacaan. Kritis dan sarat dengan hujah-hujah ilmiah. Beliau menulis buku ini bagi memberi penjelasan terhadap tohmahan-tohmahan yang dilemparkan kepada ‘kaum muda‘ atau sesetengahnya menggelar mereka sebagai wahabi. Penjelasan beliau disusuli dengan fakta-fakta yang padat dan ilmiah.

Buku ini juga membawa pembacanya meluaskan lagi pemikiran serta kefahaman dan tidak hanya menyempitkan kepada sesuatu pemikiran, mazhab atau kepercayaan tertentu sahaja. Walau bagaimanapun hujah beliau tidaklah membawa kepada keterbukaan perbincangan agama sehingga membawa ke arah pemikiran liberal, sebaliknya membawa pembacanya kepada keluasan kefahaman agama yang masih lagi di dalam ruang lingkup yang tidak bercanggahan dengan syarak. Antara isi penting yang menarik perhatian penulis,

…” bagi kami ijtihad itu harus digalakkan dan bagi kaum tua pula ‘taqlid dijadikan tiang agama’ dan kalau kami bantah taqlid, dikatakan kami merosak tiang agama”…. (Buku teguran suci buat mufti Johor oleh Buya Hamka)

Oleh itu saya melihat teguran suci secara intelektual seperti Buya Hamka ini perlu diteruskan agar kualiti ilmu agama itu tidak mudah di jual beli demi keuntungan parti, jemaah, persatuan, jawatan, dan sebagainya yang menguntungkan maslahah khassah bukan lagi menjadi maslahah ammah. Teguran suci buat kawan-kawan ini satu cara saya berterima kasih dalam persahabatan demi melihat sebuah agama Islam yang universal (rahmatan lil alamin) ini, diterima oleh seluruh manusia tidak kira warna kulit, agama dan bangsa.

KEDUDUKAN ILMU

Antara kepentingan yang diutamakan oleh syariat adalah keutamaan mendahulukan ilmu berbanding dengan amalan. Ilmu memandu setiap amalan. Ilmu menjadi petunjuk dan panduan. Sebuah hadith daripada Mua’dz .. “Ilmu adalah imam dan amalan adalah makmum”[1]. Ilmu adalah syarat dalam ketepatan sesuatu percakapan dan perbuatan. Ini kerana sesuatu ucapan dan perbuatan tidak di anggap sebagai betul tanpa berlandaskan ilmu pengetahuan . Ilmu perlu didahulukan sebelum percakapan dan perbuatan. Ini kerana, ilmu membetulkan niat serta perbuatan yang dilakukan oleh setiap individu.

Ada pihak mengatakan , kenapa terlalu menekankan perkara itu (kedudukan mendahulukan ilmu, alfahmu) sehingga melupakan perbuatan (amalan). Justeru, mereka mengambil mudah dan sambil lewa terhadap suruhan menuntut ilmu. Ini juga mempunyai kaitan dengan sesetengah alim ulama mengatakan, …” berfikir dengan menggunakan akal ada batas dan hadnya!!! Sedangkan dia sendiri belum berfikir pada garis pemulaanya”.

Benarlah kata-kata Gusdur pada Gurindam nasihatnya, “kau ini bagaimana atau aku harus bagaimana?”.

MURABBIKU MENYERU TAQLID

Saya terpaksa menyebut disini bahawa pernah seketika, murabbi (guru) menyeru kepada taqlid dengan seruannya,.. “Apabila ulama sudah mengeluarkan arahan dan pandangan sudah tidak adalagi hak kita sebagai ahli menolak kecuali taqlid sahaja…”

Lantas saya memikirkan sesuatu, betulkah apa yang diseru oleh murabbi itu? Atau mempunyai maksud tersendiri? Saya yakin itu seruan yang jelas ke arah taqlid. Wacana Taqlid ini bukan sesuatu yang asing, sudah ramai tokoh alim ulama menyeru ke arah keterbukaan dan ijtihad dalam aspek ijtihadiah fi fiqh mutaghayyirat (aspek ijtihad yang boleh berubah-ubah sesuatu hukum disebabkan faktor masa dan zaman) dengan suluhan disiplin-disiplin ilmunya.

Sekalipun mahu memastikan ahli beradab dengan ulama, berakhlak dengan guru guru pondok , menyeru ahli ahli dan pelajar pelajarnya ke arah taqlid bukanlah penyelesaian bahkan mengharu birukan lagi kesejagatan fiqh di dalam Islam bahkan melihat Islam itu sekadar pada majlis sambutan Rasulullah SAW dengan menyanyi dan menari di dalam majlis zikir, berpakaian tradisi arab, memerintah setiap papan iklan mempunyai tulisan jawi, menjenamakan sesuatu dengan Islam seperti Bandaraya Islam tetapi roh masyarakat dan pentadbiran tidak menuju masyarakat yang benar-benar memBandaraya dengan Islam.

Islam itu pada pengamalan seharian setiap rakyat jelata, pemimpin, pembesar, dasar-dasar negara yang rahmatan lil a’lamin, universal, sejagat membawa kepada cinta, perdamaian bahkan pengagihan kuasa yang saksama.

KEUTAMAAN IJTIHAD BERBANDING DENGAN TAQLID.

Besar peranannya dalam membawa fiqh kontemporari selari antara turath dengan kehendak semasa.
Besar peranannya dalam membawa fiqh kontemporari selari antara turath dengan kehendak semasa.

Ulama seperti As-shahid Imam Hasan Al-Banna, Imam Muhammad Abduh, Ibn Taimiah, Ibn Qayyim aljauziah dan ramai lagi alim ulama menyeru kepada ijtihad pada perkara-perkara mutaghayyirat sifat hukum perbuatan tersebut seperti politik, maumalat, ekonomi, kekeluargaan dan sebagainya. Ijtihad yang dimaksudkan saya bukanlah ijtihad sesuka hati dan selera nafsu menelan semua hidangan nas termaktub dalam wahyu tetapi bagaimana interaksi ilmu seiring dengan dalil diikuti dan bergerak bersama kebenaran yang dipegang.

Ibn Qayyim mendatangkan dalil yang menunjukka larangan dan keburukan bertaqlid. Dalam Surah Al-Israk ayat 36 ada menyebutkan :

“Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui..”

Beliau berkata , “Taqlid bukan ilmu yang dipersetujui oleh ilmu. Dalam kitab I’lam Al-Muwaqi’in tercatat, terhadap 80 bentuk yang membatalkan taqlid dan menolak perkara syubhah yang datang daripada penyokong taqlid[2].

Sikap jumud hanya pada zahir nas adalah satu perbuatan tercela seperti yang dilakukan oleh pengikut mazhab zahiriyah silam dan kontemporari. Kata Sheikh Yusuf al-Qaradawi dalam tulisannya berkaitan hal ini, menyebut bahawa sikap jumud terhadap perubahan pada zaman kita dengan zaman ulama terdahulu, keperluan kita dengan keperluan mereka, pengetahuan kita dengan pengetahuan mereka juga termasuk dalam perkara tercela.

Katanya lagi, jikalau zaman ulama terdahulu dilewatkan sehingga mereka melihat apa yang kita lihat dan hidup seperti kita hidup, pasti mereka , iaitu ijtihad mnegubahkan kebanyakkan fatwa dan ijtihad mereka yang lalu.

KESIMPULAN

Antara usaha team Ustaz Ehsan Sabri menggerakkan manhaj qaradawi dalam kalangan pelajar-pelajar mantiqah Mu'tah. Tahniah.
Antara usaha team Ustaz Ehsan Sabri menggerakkan manhaj qaradawi dalam kalangan pelajar-pelajar mantiqah Mu’tah. Tahniah.

Artikel kali ini tidak terlalu ilmiah saya kira, ia hanya satu ekspresi jiwa melihat rakan-rakan seperjuangan terlalu mudah mengeluarkan pendapat. Sebenarnya mengeluarkan pendapat sangat di galakkan bahkan itulah ijtihadnya yang boleh dipuji, tetapi waspadalah apabila menyandarkan sesuatu situasi yang kita sedang lalui ini dengan mana mana ayat suci al-Quran dan al-Hadis tanpa memahami konteks penurunan ayat, nasikh mansukh (ada khilaf ulama, sebahagian terima dan tidak sedikit menolaknya) dengan realiti masyarakat.

Itu sebab mengapa saya kira, tahun satu pengajian di Universiti masing-masing (timur tengah) jangan terlalu leka dengan keseronokkan harga barang yang murah, biasiswa yang melimpah ruah, salji dan berbagai lagi. Lagi malang apabila menjadi sebahagian ustaz dan ustazah ala-ala haraki yang sering melakukan aktiviti seperti usrah, memasak dan lain-lain , namun disebalik usaha ‘murni’ itu langsung tidak buat persediaan dan kesungguhan yang jitu terhadap ilmu asas dan pokok sebelum memasuki wacana berat.

Tidak hairanlah kalau pulang ke tanah air boleh buat mazhab zhohirie, mazhab gengster ulama, mazhab tasahhul (bermudah-mudah) dan sebagainya. Apa matlamat kita belajar sebenarnya kalau bukan kerana mencari kebenaran dan memperolehi redha tuhan, janganlah kerana kita malas membaca, ber-suhbah dengan alim ulama, lalu kita terlebih galah daripada buah nak di kait. Inilah fenomena ustaz ustazah , daie-daie selebriti yang muncul hanya mahukan gelak ketawa semata-mata, sehinggakan sandaran setiap pandangan dan pendapat tidak lagi mempunyai sandaran tersendiri dan jauh daripada maqosid syariah.

[1] Hadith ini dilaporkan oleh Ibnu Abdil Bar dan lain-lain daripada Mua’dz secara marfu’ dan mauquf.

[2] Lihat Bahagian 2 daripada kitab I’lam Al-Muwaqqi’in , halaman 168 hingga 260, cetakan Dar As-Sa’adah, Mesir dengan tahqiq Muhammad Muhyiddin Abdul Hamid.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s