MENYEMAK KEMBALI PERSOALAN ISLAM DAN KENEGARAAN (NEGARA) SIRI 3/3

KONSEP AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR

3_104

‘Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.’ (Surah al-Imran 104).

Al-Quran al-Karim menggunakan ‘dua’ istilah yang paling bermakna sekali, iaitu Ma’ruf dan Mungkar, yang melambangkan inti daripada akhlak Islam yang tidak dirosakkan oleh sekatan masa dan tempat. Hal ini kerana dua kalimah inilah akan berlakunya semak imbang dalam konsep demokrasi berparlimen, kenegaraan, dan civil-movement (gerakan rakyat).

Ma’ruf adalah segala hal yang biasanya diterima oleh masyarakat, manakala Mungkar yang ditolak oleh masyarakat, untuk meneruskan peraturan moral. Dengan menggunakan konsep-konsep ini, al-Quran telah memberikan ruang yang cukup untuk mentafsirkan semula hukum-hukum, supaya sesuai dengan keperluan masyarakat untuk meneruskan peraturan moral yang baik.

Konsep Ma’ruf dan Munkar boleh berubah mengikut perubahan, perkembangan dan kemajuan masyarakat. Ma’ruf dan Munkar merupakan istilah yang menyeluruh, dan sesuai dengan keindahan serta keabadiannya (kalimah pilihan Allah SWT yang termaktub di dalam al-Quran). Al-Quran membenarkan kedua-dua konsep itu digunakan oleh semua generasi manusia, supaya penafsiran mereka bertepatan dengan keperluan dan pengamalan mereka.

Istilah-istilah ini merupakan ajaran asas al-Quran, dan cukup meluas penggunaanya. Kedua-dua istilah ini turut meliputi aspek ‘berpolitik’ juga. Sistem politik mengikut Islam berorientasikan akhlak dan menekankan amalan-amalan politik yang membawa kepada kebaikan (maslahah) untuk masyarakat. Sistem politik tidak dapat tidak menerima sepenuhnya segala yang Ma’ruf dan menolak yang Munkar.

MASYARAKAT ISLAM BUKAN PRO-MUSTAKBIRIN

1532075_544396002336821_8803434114036795857_n

Siapakah Mustakbirin? Mereka adalah watak golongan yang bongkak dan sombong sebagaimana disejarahkan di dalam Al-Qur’an. Mereka itu, daripada kalangan yang hartawan dan berjawatan ataupun berkuasa tanpa taqwa (ihsan).

Mungkin penafsiran mustakbirin setepatnya, sebaagaimana Tuhan maksudkan tidaklah mampu saya nyatakan disini, tetapi apa yang kita dapat fahami mustakbirin itu sebagaimana saya terangkan sebelum ini, mereka ialah :

 “mereka yang mempunyai harta (kekayaan, kekuasaan, lebih daripada orang lain) lalu melakukan penindasan kepada orang lebih rendah daripadanya samada golongan miskin, penjawat awam, rektor universiti , mahasiswa dan sebagainya”.

Sebelum itu mari kita lihat bagaimana al-Quran ingin menyusun sebuah masyarakat yang sihat dan harmoni, digunakan dua istilah penting iaitu “mustakbirin” dan “mustadh’afin” yang bererti ‘golongan kaya , kuat ataupun berkuasa” dan “golongan dhaif ataupun lemah”.

Al-Quran mencela golongan pertama iaitu mustakbirin dan membela golongan kedua iaitu golongan mustadh’afin yang tidak bersalah.

Al-Quran menjelaskan bahawasanya golongan mustakbirin itu bersalah, sebagaimana Allah berfirman :

7_133

‘Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, dan belalang, dan kutu, dan katak, dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka.’ (Surah Al-‘Araaf : 133)

Al-Quran juga menegaskan bahawa golongan mustakbirin senantiasa tidak mempercayai, erti “kufr” , dan mustadh’afin adalah yang mula-mula sekali beriman (kepada Allah dan Ma’ruf). Allah berfirman, :

7_76

Orang-orang yang sombong takbur itu berkata: “Sesungguhnya kami tetap ingkar akan orang yang kamu beriman kepadanya”. (Surah Al-‘Araaf : 76)

Jadi mengikut istilah al-Quran, mustakbirin adalah kafir yang sebenarnya, manakala mustadh’afin adalah mukmin. Mungkin ada dalam kalangan kita cuba menafikan istilah kafir ataupun “kufr” itu hanya layak untuk golongan bukan Islam semata-mata.

Kita bawa di sini satu keadaan masyarakat iaitu Allah SWT meletakkan kalimah istikbar bersama-sama kalimah kaafirun. Hal ini menandakan kaitan antara golongan sombong takbur itu (mustakbirin) membawa kepada kekufuran.

Persoalannya di sini, bagaimana pemimpin hari ini, mahasiswa mahasiswi hari ini, FRU, pemaju korporat tidak manusiawi (capitalis unhumanism), Perdana Menteri, Menteri Besar, Golongan Agamawan, Majlis Pembandaraan yang sesuka hati meroboh permis-permis tepi jalan tanpa belas kasihan dan alternatif baru sebagai contohnya.

Mereka itu, apabila berkuasa (jawatan lebih besar) ataupun mempunyai harta lebih ,lalu bersikap sombong takbur dengan kekuasaan yang dimiliki itu. Apakah mereka akan kafir sebagaimana Allah sebutkan di dalam al-Quran ? Sedangkan mereka Muslim!

Saya berpandangan, kita perlu melihat istilah kafir ataupun ‘kufr’ sebagaimana Tuhan sebut di dalam al-Quran iaitu, :

“Kafir merupakan perkataan yang fungsional, bukannya formal. Kafir yang sebenar ialah mereka yang takbur dan berkuasa, selalu menekan, merampas, menindas, berbuat salah dan tidak mendukung yang ma’ruf, tetapi sebaliknya menerima yang mungkar. Begitu juga akasnya. Mukmin sebenarnya bukan semata-mata mereka yang mengucap dua kalimah syahadah, akan tetapi mereka yang mendukung keadilan bagi yang tertekan dan lemah, tidak pernah menyalahgunakan kuasa atau menekan orang lain dan menindas tenaga orang lain.”

Sistem politik mengikut al-Quran tidak ada tempat bagi penekanan dan penindasan ke atas yang lemah oleh yang kuat. Perjuangan mustadh’afin menentang mustakbirin berterusan selagi perbezaan di antara mereka tidak dihapuskan. Budaya politik Islam adalah berdasarkan kepada mengasihani yang lemah dan tertindas, serta membenci yang berkuasa serta penindas.

PENUTUP

Wacana Islam dan politik perlu diteruskan dalam konteks semasa dengan merujuk kepada nusus dan turath (khazanah ulama silam) dengan memerhatikan penafsiran mu’assirin (ulama profesional-kontemporer serta ahlinya sekalipun bukan dalam kalangan ‘kita’) agar fiqh politik Islam membawa kepada rahmat yang disebut oleh Allah SWT sebagai ‘Rahmatnya Islam itu buat seluruh alam’.

Kita perlu menulis lagi berkaitan politik, kediktatoran, kecaknaan dan sebagainya agar kita peduli pada nasib kita selaku rakyat untuk mendapatkan ‘hak kewarganegaraan’ (haq al-Muwatanah) serta menyemak imbang pemimpin kita agar tidak sewenang-wenangnya membolot harta rakyat serta khazanah alam sehingga berlaku proses kejahatan (ifsad).

Akhirnya ‘the high objective in Islam’ (Maqosid Shariah Islam) tidak akan tercapai disebabkan kejahatan manusia yang tidak bertanggungjawab lalu perkara asas dalam masyarakat ataupun tuntutan-tuntutan keadilan sosial langsung dilupakan.

“Rakyat bukan mengharapkan dari pemimpin untuk menunjuk-nunjuk kemewahan diri seperti mana peraga fesyen mempamerkan gaya dan keranggian pakaian mereka di atas pentas. Apa yang rakyat harapkan adalah pemimpin melakukan keadilan dan kesaksamaan.”

 Rakyat akan bangga melihat pemimpin mereka adil amanah terhadap harta negara. Rakyat tidak bangga untuk mendengar cerita pemimpin mereka mewah dengan penuh tanda tanya tentang hartanya dan berjalan dengan penuh kebongkakan seakan dialah maharaja yang tidak boleh dikalahkan atau dipersalahkan.

Apabila umat Islam gagal mempamerkan sistem dan perlaksanaan pemerintahan yang adil lagi saksama, maka bukan muslim bukan sahaja tidak mahu menerima Islam, bahkan tidak memandang hormat kepada Islam. Lebih memalukan jika mereka pula lebih bermoral daripada kita dalam menguruskan harta rakyat mereka.

Tamat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s