FIQH DAKWAH ASEAN

 

10474262_988877047807524_6389996262863560013_n

 

MUQADDIMAH.

Fiqh itu pada asalnya ia bermaksud memahami agama secara keseluruhannya. Namun kemudiannya dikhususkan ulamak kepada memahami ajaran Islam yang berkaitan dengan hukum-hakam amali sahaja, iaitu percakapan, perbuatan dan hal-ehwal luaran manusia tanpa menyentuh soal aqidah dan akhlak. Secara lebih jelas, ilmu Fiqh ditakrifkan oleh ulamak sebagai;

 “Ilmu berkenaan hukum-hakam Syarak yang bersifat ‘amali yang diperolehi dari dalil-dalilnya secara terperinci”. -umum-

Apabila kita mencantumkan antara kalimah fiqh dengan persoalan dakwah ia akan menghasilkan fiqh dakwah yang memberi erti kefahaman Islam dalam kerangka dakwah, itu secara umum. Insha Allah pada hari Jumaat (hari ini), pada jam 6.30 petang waktu madinah (30.1.2015) akan berlangsung satu dialog fiqh dakwah yang melibatkan negara-negara ASEAN.

Apa itu ASEAN?

ASEAN ditubuhkan oleh lima Negara pengasas IndonesiaMalaysiaFilipinaSingapura dan Thailand di Bangkok semasa proses penandatanganan satu perjanjian yang dikenali sebagai Deklarasi Bangkok. Menteri luar ketika itu ialah Adam Malik (Indonesia), Narciso R. Ramos (Filipina), Tun Abdul Razak (Malaysia), S. Rajaratnam (Singapura), dan Thanat Khoman (Thailand).

Brunei menganggotai ASEAN pada 8 Januari 1984 iaitu seminggu selepas mencapai kemerdekaan. Hanya selepas 11 tahun kemudiannya ASEAN menerima ahli baru. Vietnam menjadi anggota yang ketujuh pada 28 Julai 1995Laos dan Myanmarmenjadi ahli dua tahun kemudianya, iaitu pada 23 Julai 1997.

Walaupun Kemboja sudah menyertai ASEAN bersama-samaMyanmar dan LaosKemboja terpaksa menarik diri disebabkan masalah politik dalam negara tersebut. Namun, dua tahun kemudiannya Kemboja menyertai semula ASEAN pada 30 April 1999[1]

PERSADA .

Program ini di anjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Islam Madinah di bawah Biro Dakwah & Kepimpinan. Usaha ini kita patut memberi pujian dan sokongan serta galakkan bagi memastikan objektif sebenar penubuhan negara-negara ASEAN tercapai disuburkan lagi dengan  semangat Islah dan Tajdid.

Wajar kita melihat kebimbangan yang saban hari kedengaran di kaca tv dan corong-corong radio bahkan tatapan harian di muka buku (facebook) berkaitan fiqh dakwah , seperti fitnah keganasan keatas ummat Islam , ISIS , Boko haram , budaya & kebudayaan asing , mazhab literal , mazhab keras (tasyaddud) , pemikiran konsovertif dan keganasan dan berbagai lagi persoalan telah menghantui ummat Islam.

Isu-isu berkaitan itu semua bukan hanya berlaku di negara-negara Timur Tengah bahkan negara-negara Asia Tenggara telahpun menjadi tumpuan dunia hari ini.

“Ada rakyat Malaysia menawarkan diri untuk menyertai ISIS di Syria atas tiket jihad dan berbagai lagi keadaan. “

Ini semua berhajat kepada pemikiran ataupun acuan pemikiran fiqh dakwah yang segar dan tepat berdasarkan nusus dan waqie.

HARAPAN.

Saya mengharapkan wacana dan dialog Fiqh Dakwah ASEAN kali ini mampu memberi gambaran serta nafas alternatif kepada kita semua, dalam mendepani beberapa isu ‘kritikal’ yang akan ataupun ‘sedang’ melanda umat Islam di Asia Tenggara.

Sebaiknya lepasan ataupun yang sedang belajar di Timur Tengah mampu menampilkan fiqh dakwah yang semasa lagi ‘usul’ bukan hanya bermain pada belitan isu-isu khilafiah ataupun picisan. Namun persoalannya hari ini, di samping ummat Islam menghadapi tekanan neo-liberal kapitalisme pada gaya hidup seharian, ekonomi dan politik, ummat Islam di tanah Melayu khususnya, masih lagi belum bersedia mengeluarkan diri dari alam khurafat, bida’ah dan tahayyul versi Melayu yang sudah banyak di syarah dan di pasarkan.

Sehinggakan kita boleh bermasam muka apabila bertembung isu khilafiah seperti tawassul yang sharie itu dalam perbincangan aqidah ataupun fiqh, telah menggadaikan persaudaraan sesama Islam, hanya untuk menegak hujjah dan menang dalam sesi perdebatan ataupun ‘komen’ di facebook yang bersifat sementara.

“Barat ke bulan , Kita ke …..”

Itulah tugas kita selaku generasi terkemudian ini mengangkat dakwah itu dalam konteks Islah dan Tajdid. Tidak jemu memperbetulkan keadaan masyarakat, menyedarkan situasi sebenar dan mengakat “karamatul insan” sesama manusia dan menghormati perbezaan yang wujud dalam kehidupan seharian kita.

Insya Allah program yang akan berlangsung kali ini di bumi Madinah Munawwarah bakal mencetuskan harapan kepada ASEAN. Tahniah untuk PERSADA.

HasnanDaud, Pelajar UIM 2015.

 

[1] http://ms.wikipedia.org/wiki/Persatuan_Negara-negara_Asia_Tenggara

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s