Surat tertangguh buat YDP KMKJ saudara Muhammad ‘Atif dan ahli-ahlinya.

11050744_1401245320189500_2113852674036113166_n

 

Assalamualaikum wbt.

Salam hormat dari saya buat seluruh warga KMKJ yang baru sahaja tamat pilihanraya pemilihan pimpinan baru sesi 15/16 dan Annual Grand Meeting (AGM) ataupun muktamar tahunan. Tahniah buat semua ahli KMKj yang baru sahaja memiliki barisan kepimpinan yang baru. Pimpinan yang menang melaui pilihanraya bersih, adil dan cekap ini, merupakan satu rahmat dari Allah buat kalian semua.

Buat mereka yang tidak bernasib-baik dalam pertarungan kali ini, hakikatnya anda tidak pun kalah. Anda sudah menang selangkah lebih ke depan jika nak dibandingkan dengan orang lain.

Kekalahan anda ini, tidak mematikan sumbang bakti, kemahiran, kecekapan dan kebijaksanaan yang ada pada diri kalian. Allah sudah meletakkan sesuatu keputusan itu, sesuai pada masanya.

Oleh itu saya dengan rendah diri, ingin berkongsi sesuatu buat mereka yang tidak bernasib baik :

  • Jangan anggap kekalahan ini satu memalukan bahkan anggap inilah satu rezeki dan peluang untuk kalian fokus 80% kepada pengajian, pembacaan, pengalaman dan nilai tambah yang baru seperti melibatkan diri dengan pengajian ‘khusus’ dengan para guru di universiti masing-masing. Banyak lagi boleh buat (bermanfaat).

Ini kerana , anda sebenarnya mempunyai kelapangan masa yang lebih dari orang lain. Ini satu rezeki.           Satu peluang bahkan ianya satu nikmat tidak tergambar jika direnung sedalamnya. Allah sendiri                   bersumpah dengan ‘masa’. Demi Masa! Manusia dalam kerugian.

  • Baki lagi 20% adalah komitmen untuk persatuan KMKJ. Sekalipun kalah, orang yang ikhlas mahu berbuat buak tidak menjadi ‘kemenangan-memiliki-jawatan’ asbab-musabab baginya mahu aktif dalam persatuan KMKJ.

Barangkali yang kalah , apabila dia memberi sumbang bakti, ganjarannya luar biasa sekali dibandingkan dengan yang menang. Ikhlas itu tidak kenal jawatan atau tidak berjawatan seseorang itu. Tolong menolonglah kepada kebaikkan.

Buat mereka yang sudah mendapat kepercayaan ahli melalui undi popular dan undi terbanyak, inilah masanya memberi khidmat terbaik. Walaupun seakan-akan ‘famous’ dan ‘glamour’ pada mulanya, percayalah selepas ini, kalian akan mengharungi satu fasa dimana ahli tidak memberi komitmen, timbalan atau ketua tidak mampu memberi kesanggupan dan pengorbanan kerana masing masing sibuk dengan taklifat lain apatah lagi mahu menjaga ‘pointer’. Waktu itu, sangat mengujikan. Allah lah tempat beradu.

Hakikatnya, kedua-dua pihak itu tadi, baik menang atau kalah. Tiada siapa pun yang kalah secara ‘hakikat’, semua ahli KMKJ menang. Menang apabila dirinya ikhlas, meletakkan sesuatu idea, cadangan, kritikan, kebajikan ahli dan pemikiran maju masa depan, pada tempatnya.

Apabila di tanya, antara bunga taik ayam dan bunga ros merah, mana yang dipilih orang? Sudah pasti bunga ros merah. Tetapi hakikat kedua-dua bunga tadi tiada beza, hanyalah pada nama sahaja. Satu ada perkataan taik satu lagi ada perkataan merah. Tetapi sifat kedua-dua bunga tadi adalah cantik dan mengindahkan pandangan. Samalah dengan yang kalah mahupun yang menang. Kedua-dua ada peranan selepas pilihanraya.

 

10614274_897430856969242_5441869819279204462_n
YDP KMKJ Sesi 15/16

 

 

  1. Saudara YDP KMKJ

Terlebih dahulu saya mengucapkan sekalung tahniah. Tidak lupa seluruh penggerak KMKJ sesi 15/16 yang telah berjaya melalui tempoh pilihanraya yang adil dan bersih. Inilah maqosid dalam pilihanraya iaitu pemilihan secara ‘syura’. Syura rakyat memilih kalian sebagai peneraju kepimpinan kali ini.

Sebelum saya pergi jauh, saya Muhammad Hasnan Bin Daud, sempat berada di bumi bertuah Jordan hampir setahun lima bulan, sebelum saya berhijrah ke bumi Kota Bercahaya, bagi melanjut pengajian Islam di sana.

Saya merupakan ahli KMKJ yang berdaftar di mantiqah/mintaqah Mu’tah pada tahun 2014. Tujuan saya menulis surat ini , bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim secara bertulis (rasmi) dan berkongsi sedikit cadangan. Cadangan ini sebenarnya sudah saya laksanakan tetapi tidak sempurna sewaktu saya memegang jawatan Ketua Biro Pembangunan Mahasiswa BPM (KMKJ).

 

  1. KMKJ yang ku fahami.

Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan, adalah persatuan anak negeri Kelantan. Jika nak sebut peranan dan fungsi, saya kira sudah maklum secara dhoruri apakah itu perananya. Tetapi cukuplah saya sebut paling utama adalah kebajikan. Kebajikan yang utama adalah berbentuk kebendaan (zakat dan sumbangan), intelektual (ilmiah) dan nilai kemanusiaan (akhlak).

Setiap biro memikirkan caranya berdasarkan job-skop yang ditaklifkan sehinggalah benar benar tercapai maqosid KMKJ iaitu kebajikan. Oleh itu, saya agak khuatir apabila agenda sampingan di utamakan manakala agenda utama disampingkan.

KMKJ bukanlah sebuah parti ataupun medan untuk ‘puak-dakwah-tarbiah-tertentu’. Tetapi KMKJ merupakan sebuah persatuan untuk semua ahli, semua entiti dan semua yang bernaung dibawah nya sekalipun dia seorang yang berlainan ‘ngo-tarbiah’ yang pernah dilalui apatah lagi parti politik yang berbeza. KMKJ adalah untuk kebajikan ahli-ahlinya.

Oleh yang demikian, tema pembawakan sangat penting dan benar-benar fokus kepada kebajikan. #Memurnikan Fikrah , memartabatkan kesatuan, sebuah tema yang boleh di kritik kembali secara ilmiah dan berwawasan. Kemana sebenarnya hala tuju tema itu dan kaitan dengan kebajikan ahli?

Kalau ditanyakan saya, saya lebih berminat dengan tema #Kebajikan anda, keutamaan kami. Tema ini lebih jelas terarah peri pentingnya kebajikan buat ahli ahli KMKJ.

Semoga tema dan pembawakan KMKJ dibawah kepimpinan saudara Atif di fikir masak-masak dan benar-benar meletakkan agenda kebajikan sebagai wadah perjuangannya yang utama. Saya rasa seakan-akan, ada dalam kalangan ahli KMKJ menganut ajaran syiah, muktazilah ataupun jabbariah, sehinggakan mahu memurnikan balik fikrah dan menyatukan balik kesatuan ahli.

Kita sedar tanggungjawab besar ini. Iaitu Kebajikan.

11072723_1404979119816120_4348882096432026369_n
Sebahagian penggerak KMKJ yang sangat setia kawan dan profesional

 

 

  1. Biro Pembangunan Mahasiswa KMKJ

 Biro Pembangunan Mahasiswa KMKJ, julung kalinya ditubuhkan. Ianya menggantikan Biro Akademik. Saya kira penubuhan Biro Pembangunan Mahasiswa ini tepat pada masanya, dan wajar kita memuji mantan Ydp dan YdPah sebelum ini iaitu saudara Najmie dan Salihah.

Kebijaksanaan mereka, dengan tertubuhnya biro ini menggambarkan idea dan wawasannya sangat maj, untuk melihat KMKJ kita ini, jauh melangkah maju ke hadapan.

Tahniah buat YDP dan YDPAH 14/15

Biro yang masih baru, sudah tentulah kelemahannya ada. Apatah lagi yang mengemudinya ialah saya yang masih di tahun 1 ketika itu. Tetapi dengan bantuan penggerak KMKJ waktu itu, bermula dari YDP sehinggalah perwakilan mantiqah dan ahli-ahli KMKJ , banyak saya belajar dan mahu laksanakan pada masa itu. Lebih lebih lagi timbalan saya saudari Sherry.

Tidak lama itu, saya terpaksa berpindah ke Kota Bercahaya yang pada asalnya tidak berniat pun untuk pindah, tetapi ini hasrat kedua-dua orang tersayang, saya menyambutnya dengan redha sekalipun jiwa sehingga kini masih di Jordan.

KMKJ tetap di hati. Rasa tidak puas dan sempurna hajat saya apabila taklifat dan amanah selaku ketua BPM KMKJ 14/15 tidak langsai secara sempurna sehingga mu’tamar tahunan tempoh hari dihadiri saya sendiri. Ini semua takdir Allah. Sudah tentu ada hikmah disebaliknya.

Semoga Allah swt merahmati timbalan saya yang bertungkus lumus memastikan Biro ini berjaya disamping mendapat lantikan ketua pengganti iaitu saudara Hafiz yang telah banyak menaikkan martabat KMKJ dan BPM.

 

  1. Masa depan KMKJ melalui Biro Pembangunan Mahasiswa.

Melihat corak pengurusan, pemikiran dan wawasan KMKJ sekarang, itulah gambaran pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan untuk 5 hingga 10 tahun akan datang.

Walaupun tanggapan ini tidak benar tetapi wawasan itu bermula dari peringkat universiti sehinggalah ke meja Exco Kerajaan Negeri. Saya tidak berminat untuk menyebut soal parti PAS dan UMNO di sini, tetapi apa saya melihat yang lebih utama ialah, soal kebajikan.

Kebajikan untuk KMKJ yang utama adalah berbentuk duit seperti zakat dan sumbangan dana (dinar dirham/kijang emas) itu benda asas. Tidak lengkap kalaulah kebajikan hanya terhenti disitu sahaja, tetapi kebajikan lain wajar dipedulikan sama, seperti kebajikan intelektual (ilmiah) dan kebajikan nilai kemanusiaan (akhlak).

Melalui biro pembangunan Mahasiswa ini, saya melihat peri-penting memulakan langkah hubungan kebajikan berbentuk intelektual (ilmiah) dan nilai-nilai kemanusiaan (akhlak).

 

  1. 8.2014 Langkah Pertama Biro Pembangunan Mahasiswa KMKJ 14/15
Screen Shot 2015-03-02 at 11.24.38 PM
Pertemuan rasmi Biro Pembangunan Mahasiswa dengan Gamis Kelantan.

Pada tarikh itu saya telah bertemu pengerusi GAMIS cawangan Kelantan, menghantar kertas kerja cadangan lengkap, untuk menganjurkan satu simposium mahasiswa peringkat Negeri Kelantan. Simposium kali ini merupakan kerjasama antara BPM KMKJ dengan GAMIS Kelantan. Tema yang dipilih adalah gejala salah laku dalam kalangan anak-anak muda mengikut daerah.

Alhamdulillah, kertas kerja tersebut telah dihantar kepada Presiden Gamis Kelantan, serta memperolehi sokongan dari Presiden Gamis Malaysia saudara Abdul Malik.

Untuk makluman anda semua, cadangan asal simposium ini memanglah terbit dari rasa prihatin BPM KMKJ 14/15 yang memikirkan masa depan anak-anak muda Kelantan, makin hari makin leka di bawa arus global yang memenatkan ini. Namun dalam masa yang sama, tidak lupa juga kepada watak utama yang turut membantu merangka bersama saya sebelum menghantar kertas kerja cadangan itu kepada Gami Kelantan, iaitu Yb Senator hajah Khairiah.

Beliau merupakan pemandu dan pemudah cara sepanjang usaha untuk menjayakan simposium tersebut.

Saya sertakan beberapa bukti gejala salah laku anak-anak muda kelantan makin merisaukan melalui, rajah statistik di bawah mengikut kes :

(sumber : Team Researcher Yb Senator Hajah Khairiah).

 

KES DADAH

BIL DAERAH DI KELANTAN KES YANG DIJATUHI PERINTAH JUMLAH KLIEN
BARU BERULANG
1 Bachok 19 2 21
2 Gua Musang 23 3 26
3 Jeli 19 6 25
4 Kota Bharu 108 58 166
5 Kuala Kerai 25 8 33
6 Machang 16 8 24
7 Pasir Mas 35 22 57
8 Pasir Puteh 18 13 31
9 Tanah Merah 32 10 42
10 Tumpat 18 10 28
JUMLAH 313 140 453

 

ROGOL

 

Statistik kes rogol mengikut negeri bagi tahun 2009 sehingga 2013 seperti berikut:-

 

KONTINJEN 2009 2010 2011 2012 2013
PERLIS 43 40 53 44 47
KEDAH 344 339 331 293 236
PULAU PINANG 179 150 145 125 117
PERAK 257 294 227 188 160
SELANGOR 623 639 526 430 402
KUALA LUMPUR 155 152 146 135 144
NEGERI SEMBILAN 210 182 178 173 170
MELAKA 110 106 83 95 110
JOHOR 589 585 584 510 458
PAHANG 221 223 225 220 195
TERENGGANU 122 137 135 155 128
KELANTAN 308 307 281 241 228
SABAH 261 239 235 226 225
SERAWAK 204 202 152 163 147

 

ROGOL BERKUMPULAN

Statistik kes rogol berkumpulan mengikut negeri pada tahun 2009 sehingga tahun 2013 seperti berikut:-

 

KONTINJEN 2009 2010 2011 2012 2013
PERLIS 0 2 6 6 1
KEDAH 15 30 22 22 8
PULAU PINANG 33 24 23 13 19
PERAK 49 49 32 24 12
SELANGOR 77 73 53 23 41
KUALA LUMPUR 13 6 14 6 6
NEGERI SEMBILAN 32 28 3 10 5
MELAKA 7 10 7 4 5
JOHOR 90 103 51 76 29
PAHANG 25 19 5 7 4
TERENGGANU 19 13 16 18 11
KELANTAN 50 53 51 17 41
SABAH 6 12 3 7 4
SERAWAK 2 1 9 12 7
JUMLAH 418 423 295 245 193

 

ANAK TIDAK SAH TARAF

Rekod jumlah kelahiran anak tidak sah taraf yang telah didaftarkan mengikut negeri kelahiran dan umur bayi di simpan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Bagi statistik kelahiran anak tidak sah taraf dari tahun 2008 sehingga 23 November 2012 mengikut 3 negeri tertinggi adalah seperti berikut:

NEGERI Pendaftaran Kelahiran Pendaftaran Kelahiran Anak Tidak Sah Taraf Peratus (%)
2011 2012 2011 2012 2011 2012
Johor 59, 224 61, 904 4, 738 5, 226 8.0 8.4
Kedah 35, 853 36, 687 1, 5569 1, 821 4.4 5.0
Kelantan 37, 651 37, 240 1, 196 1, 123 3.2 3.0
Melaka 14, 543 14, 907 951 941 6.5 6.3
Negeri Sembilan 17, 644 17, 758 1, 475 1, 529 8.4 8.6
Pahang 27, 587 28, 229 1, 939 2, 106 7.0 7.5
Pulau Pinang 4, 560 4, 655 1, 325 1, 367 29.1 29.4
Perak 23, 363 24, 622 2, 842 2, 821 12.2 11.5
Perlis 39, 543 40, 024 226 282 0.6 0.7
Selangor 84, 228 88, 031 6, 526 7, 108 7.8 8.1
Terengganu 24, 268 25, 325 859 925 3.5 3.7
Sabah 62, 402 68, 359 15, 136 18, 059 24.3 26.4
Sarawak 45, 933 46, 359 2, 799 2, 947 6.10 6.4
W.P.K. Lumpur 37, 074 37, 214 3,647 3, 425 9.8 9.2
W.P. Labuan 1, 666 1, 702 367 392 22.0 23.0
W.P. Putrajaya 12, 952 15, 580 1,346 1, 685 10.4 10.
JUMLAH 528, 491 548, 246 46, 941 51, 757 8.9 9.4

  

  1. Kebimbangan serta merta.

 

Apabila kita perhatikan jumlah yang tertera dalam rajah yang saya bawakan sebelum ini, runtun jiwa, pedih sanubari dan sebak melihat ummat Muhammad saw dalam kalangan anak-anak muda Kelantan yang semakin lama semakin jauh dengan agama, nilai-nilai kemanusiaan dan nilai kehidupan.

 

Sekalipun nilai yang saya bawakan itu tidak sampai berjuta dan puluh juta, tetapi bayangkan nilai seorang manusia itu sungguh tidak terbayar nilainya kalau mahu dibayar dengan wang ringgit. Lalu saya berbincang dengan timbalan saya dan beberapa penggerak BPM untuk menjayakan simposium kali ini.

 

Tetapi tidak berjaya. Gamis Kelantan akhirnya tidak melaksankan cadangan ini, mungkin atas faktor tertentu yang munasabah. Saya mengharapkan kembali kepada kepimpinan saudara Muhammad Atif dan ketua bakal BPM KMKJ sesi 15/16 dapat memikirkannya semula.

 

Kebimbangan serta merta akan muncul apabila kita memikirkan nasib anak-anak muda Kelantan untuk 5 hingga 10 tahun akan datang, jika kita melihat statistik salah laku anak muda ini masih di paras tinggi dan kelihatan tidak surut-surut. Ini membimbangkan masa depan negeri Kelantan.

 

Ini yang direkod apatah lagi yang tidak direkod.

1234566_771391829567233_3883105784155662933_n

 

  1. Penutup

 

Sekali lagi , belum terlambat untuk saya mengucap ribuan terima kasih kepada timbalan saya saudari sherry yang tidak banyak mengeluh dan rajin buat kerja, rakan-rakan seperjuangan dan penggerak KMKJ sesi 14/15 yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan ilmu baru.

 

Semoga KMKJ yang baru naik ini, terus bersemangat memegang dan memikul amanah ini sehinggalah mencapai target utama iaitu kebajikan ahli. Saya juga menyeru kepada semua ahli-ahli KMKJ untuk memberi sokongan, komitmen dan kritikan membina kepada pimpinan yang baru naik kali ini.

 

Selaku orang yang asing, bukan lagi secara rasmi ahli KMKJ memohon maaf atas keterlanjuran kata. Terlebih bicara, maklumlah saya bukan lagi orang KMKJ, dan bakal dibuang dari group warung KMKJ, maka siap-siap saya sampaikan apa yang tidak sempat saya berkongsi cita-cita dan rasa, sewaktu mu’tamar tempoh hari.

 

Rindu untuk duduk di hadapan ahli, menyatakan sesuatu, memberi harapan, mengajak kepada kebaikkan, menyeru kepada islah dan tajdid, membugarkan semangat dakwah dalam kalangan ahli kmkj, namun apa kan daya, jarak kita memisahkan sekalipun ada internet belum tentu maklumat tepat akan sampai kepada ahli KMKJ semua, apatah lagi kami yang bakal di tapis dari group Warung KMKJ ini. =)

 

Semoga Allah permudahkan kepimpinan KMKJ kali ini, dengan doa dari saya, Siruu ‘Ala Barakatillah.

 

Hasnandaud

Mantan

Biro Pembangunan KMKJ 14/15

Universiti Islam Madinah (sekarang).

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s