Pengalaman : Ibrah Surah Juz Amma

13466429_10209656374747228_5854706899263608770_n.jpg
Poster Rasmi

PENGENALAN

Saya diberi peluang untuk belajar di sebuah institusi al-Quran. Hampir setiap masa dan ketika tak lepas dengan al-Quran. Lebih-lebih lagi malam exam syafawi dan tahriri. Takkan lepas! nak mandi pun baca dulu 1 muka, pakai selipar tandas pun terbayang-bayang ayat yang dihafal sebelum. Belum cerita pengalaman kawan saya, pada malam exam nak tidur pun masih pegang al-Quran. Kerana kami berada dalam sistem yang menyebabkan kami tidak boleh lepas dengan al-Quran. Itulah keadaan kami selama 3 tahun dibumi Darul Quran Kuala Kubu Baru.

Proses menghafal merupakan sebahagian urusan penting untuk mentadabbur al-Quran. Kerana tidak akan terasa enaknya sewaktu mentadabbur al-Quran sambil tercari-cari ayat. Berbeza dengan mereka yang sudah melalui proses menghafal, maka mudah baginya untuk terus memetik mana-mana ayat yang ingin di tadabburnya. Persoalan, apakah semua orang sedemikian apabila berinteraksi dengan al-Quran?

Saya jawab , TIDAK! TIDAK SEMUA ORANG.

Kerana, saya salah seorang yang tidak memiliki kemahiran tersebut. Kemahiran itu bergantung kepada suasana, pengalaman, didikan, dan kesungguhan fokus seseorang. Memandangkan saya di DQ terlalu aktif melawan arus (haha) maka saya telah membazir masa dengan aktiviti yang tidak membantu saya mendapat kemahiran itu.

Selepas tamat pengajian di Darul Quran Jakim, sejujurnya dari sudut hati saya! saya masih tidak faham sebenarnya, apa tujuan saya hafal al-Quran!? Kemudian untuk apa saya menghafal? kerana apa saya menghafal? apa manfaat saya dapat dengan menghafal? dalam keadaan hati pun masih tidak tenang, fikiran pun masih berpusing-pusing, masalah berkomunikasi pun masih tak selesai, dan marah marah pun makin menjadi-jadi dalam diri saya. Kenapa? saya bertanya pada diri sendiri.

CqMz6-pUIAAhA6h.jpg
Proses pencarian ilmu satu nikmat, kerana kita sedang mengalami episod pembelajaran mengikut tahap kemampuan intelek kita.

PERSOALAN HAMPIR TERJAWAB

Persoalan ini akhirnya terjawab sikit demi sedikit bermula dengan mengambil subjek Ulum Quran (ilmu tentang al-Quran/subjek wajib) di Universiti Mu’tah Jordan, bawah pengawasan Dr Tholib Surairoh. Kemudian ambil subjek tambahan Usul Tafseer (Bagaimana menyingkapi ilmu tafser al-Quran) di Sweileh, Amman Jordan selama 6 bulan dibawah telunjuk Syeikh Solah Abdul Fatah al-Khalidi.

IMG-20140327-WA0008.jpg
Selesai solat subuh di Masjid al-Fareed, Sweileh. Mendengar pengisian umum tentang al-Quran. Sebelah petang kelas khusus di bawah rumahnya menggunakan kitab muqaddimah fi usul tafseer li ibn taimiah.

Kemudian saya berpindah ke Saudi, sejak di sana banyak masa lapang saya diisi dengan mendengar kuliah tafsir versi Arab , Inggeris (Bayyinah Institute) dan Bahasa Melayu.

Kalau bahasa melayunya, antara yang memberi bekas dalam hidup saya adalah Segmen Ibrah IKIM dibawah kelolaan Ust Syaari Abd Rahman.

Boleh dikatakan hampir semua siri ibrah beliau di IKIM saya dengar. Bermula di situlah banyak persoalan baru timbul untuk menjayakan misi saya mendapatkan kemahiran dalam berinteraksi dengan al-Quran. Bukan sekadar menghafal seperti di Darul Quran Jakim dulu.

Selepas melalui beberapa siri rehlah ilmu, saya terdetik untuk bertemu sendiri Ustaz Syaari Abd Rahman bagi melihat bagaimana beliau memberi pengisian. Pengisian beliau telah menarik perhatian saya, memberi nafas baru kepada saya untuk lebih belajar dan belajar tentang al-Quran.

Saya sempat lalui 2 siri pengajian tafsir bersama beliau, 1) Tafsir Arrahman 2) 37 Surah Juz Amma. Apa yang saya dapat? Terlalu banyak ilmu baru yang saya perolehi. Saya tak mampu untuk ungkap disini apa yang telah saya perolehi sepanjang siri kelas tafsir bersama beliau. Apa yang boleh saya sarankan kepada tuan puan pembaca sekalian, cubalah untuk hadir sendiri siri-siri kelas ibrah beliau.

ikimibrah.jpg
Antara segmen ibrah yang banyak mengubah cara saya berinteraksi dengan al-Quran. Alhamdulillah hari ni, bermula dengan mak, ayah, kakak dan abg (satu keluarga) menjadikan segmen ibrah Ust Syaari  sebagai pengisian ilmu al-Quran di rumah dan di dalam kereta sewaktu memandu

Antara keunikan yang saya dapat, Ust Syaari bukanlah jenis pengkuliah berkira dari sudut kewangan, beliau sangat pentingkan masyarakat yang cintakan ilmu. Namun tidak salah bagi kita membayar yuran sebagai imbalan kita kepada beliau yang telah berusaha mencari mutiara penafsiran ulama dan memudahkan kita memahami latar belakang setiap surah & ayat.

Salah satu ilmu pentafsiran menarik seperti “munasabah ayat dan surah” (perkaitan surah dan ayat) telah menarik perhatian saya, kadang-kadang saya juga pernah menitis air mata kerana terasa lewat memahami al-Quran dengan kafahaman ‘usul tafseer’ dan ‘ulum quran’ sebegini. betapa nikmatnya ilmu ini.

Jarang sekali bengkel dan seminar bermanfaat  menawarkan harga yuran peserta , dengan potongan harga yang rendah dan berpatutan. Ibrah paradigm antara konsultan yang mementingkan aspek/pencapaian ilmu lebih dari aspek kedua dan ketiga (kewangan, populariti). Pun begitu ia bukanlah alasan untuk kita ambil kesempatan atas kebaikan orang. Oleh itu, jangan sesekali sayangkan harta (duit) untuk berbelanja memahami kitab hidayah milik ummat Islam (kita). Buatlah investment ini untuk keuntungan akhirat kita. Bahkan kadang-kadang Allah bayar ‘cash’ didunia.

KESIMPULAN

Apabila kita menonton filem, kita bukan setakat mecari CGI yang power dan menakjubkan. Antara ciri filem yang berjaya adalah , apabila filem tersebut menyentuh perasaan kita, menjadikan kita sebahagian watak penting, dan filem tersebut seakan-akan sedang bercerita tentang kita. Inilah beberapa ciri filem yang kita boleh nobatkan sebagai filem terbaik.

Begitulah dengan al-Quran.

Al-Quran sebenarnya setiap sudut bercerita tentang kita, kebaikkan untuk kita, dan menyelamatkan kita. Tetapi, ianya tidak semudah itu, melainkan kita ada ‘kemahiran’ berinteraksi dengan al-Quran. Bukan itu sahaja, berinteraksi atas landasan ilmu yang benar, berpaksikan ilmu ulama salaf ummah dan merefleksi pada suasana sekarang yang makin mencabar ini penting kepada bimbingan orang berpengalaman.

Mungkin ini sebab saya memilih bantuan Ustaz Syaari Abd Rahman sebagai mentor secara tidak langsung. Baik rasmi ataupun tidak.

Kesemua ini insya Allah ada pada siri siri ibrah kelolaan Ustaz Syaari Abd Rahman. Bagaimana anda nak follow perkembangan kelas ini? anda boleh lawati page ini https://www.facebook.com/ibrahparadigm/?fref=ts https://www.facebook.com/syaari.ab.rahman.page/?fref=ts https://www.facebook.com/syaariabrahman?fref=ts

Cubalah labor duit anda untuk memahami al-Quran. Ia bukanlah semata-mata perniagaan. Ia adalah proses memahami kitab wahyu. Anda mungkin tidak bersetuju dengan apa yang saya tulis, tetapi inilah apa yang telah saya lalui. Pasti! saya tidak terhenti disini. Ini baru permulaan saya , saya akan terus mencari dan mencari sehingga mati.

Kalau anda tidak berkesempatan untuk menghadiri secara langsung siri siri ibrah, anda masih boleh ikuti kelas ini dengan mendownload youtube (then convert to mp3). https://www.youtube.com/watch?v=dBgRNA2IPGE&list=PL9r3d8NiZu5trKTr5m-X6QjNboRNzbzP3

LAMPIRAN GAMBAR SEPANJANG PROGRAM

Saya dan abg ngah telah menghadiri satu siri ibrah , membincangkan 37 surah didalam juz amma selama 2 hari. Bermula 8 pagi sehingga 5 ptg pada 13 dan 14 Ogos 2016.

“…juzu’ 30 ini mengandungi pelbagai tema antaranya soal hidup, soal kiamat, tolong menolong sesama manusia, pemeliharaan anak-anak yatim, menyantuni fakir miskin, bahkan sampai kepada semangat mencapai perang dengan kuda yang tangkas berlari-lari pun disuruh kita memberi perhatian…”

“…bersyukurlah kita berkali-kali kerana kita membaca juzu’ ini dengan fasih, selanjutnya kita hafal dan baca dalam sembahyang, lalu kita mesti fahamkan apa isinya. Akhirnya dapat kita amalkan sehingga redha Allah kepada kita…”

HAMKA

APA SUSULAN SELEPAS SEMINAR INI?

Ya, kebiasaannya dengan berakhirnya seminar maka berakhirlah penghayatan, pengamalan dan pembacaan kita berkenaan al-Quran. Maka saya ambil insiatif tambahan untuk memastikan apa yang saya dapat dalam seminar selama 2 hari terus basah dalam ingatan, maka saya adakan bacaan kali kedua juz amma dengan kawan-kawan rapat di rumah setakat mampu.

WhatsApp Image 2016-08-17 at 9.02.40 PM
Antara analisa surah yang membantu walaupun dalam khilaf ulama, tapi ia membantu. Kita menyemak balik melalui sudut pandangan sirah nabawi.
WhatsApp Image 2016-08-18 at 8.00.41 AM
Antara kegiatan pasca seminar ibrah. Buat dengan kawan-kawan , baik yang ada pengalaman belajar ataupun baru nak belajar. Kami saling belajar. Disamping tu, kami juga akan merujuk ustaz dan tuan guru dalam beberapa perkara yang memerlukan bantuan.

Saya juga terus berhubung dengan guru-guru al-Quran dan tafseer yang lain untuk mendapatkan variasi pandangan. Alhamdulillah. Semoga kalian ketemu juga nikmat al-Quran ini. Semoga ia terus menjadi bekalan hidayah didalam hidup.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s