Bagaimana Menyusun Jadual Harian Bagi Seorang Muslim.

Screen Shot 2016-08-24 at 8.34.47 AM.png
Alhamdulillah, 24.8.2016 bacaan telah khatam bersama-sama kawan. Diketuai Sdr Muizuddin (sahabat baik)
Bagaimana Menyusun Jadual Harian Bagi Seorang Muslim.
Rujukan : الخطة البراقة لذي النفس التواقة , د.صلاح

MUQADDIMAH

Jadual ini sesuai untuk semua peringkat, lebih-lebih lagi mereka yang mendambakan sebuah kehidupan yang berkualiti atas paksi agama ‘Islam’. Apa yang disebutkan nanti adalah nilai-nilai universal, ianya sesuai digunakan oleh non-muslim pada beberapa aspek, namun penulis buku ini mengharapkan anak-anak remaja , muda mudi muslim yang menjayakan misi ini.
Saya memetik dari sebuah buku bertajuk “Perancangan Bergemerlapan Buat Jiwa-Jiwa Mendambakannya / الخطة البراقة لذي النفس التواقة , د.صلاح”. Semoga ia bermafaat untuk kita semua. Bagi muslim, masa adalah kehidupan. Ia lebih berharga daripada emas dan duit. Bagi muslim, mereka tahu betapa bernilainya masa. Masa itu boleh jadi umurnya semakin mendewasa, yang dewasa menuju hari tuanya.

Bagi kita sebagai muslim, kita percaya bahawa masa itu tidak akan patah balik sebagaimana Allah bersumpah dengan masa! Wal ‘Asr.

Oleh itu, menjaga masa teramat penting. Mengisi hari-hari dalam hidupnya penting. Memastikan gerak kerjanya juga berkualiti. Mengutamakan perkara lebih penting daripada penting. Itulah kita sebut disini bagi muslim yang merasai betapa berharganya masa, dia akan selalu memanfaatkan setiap masa dan ketika dengan kebaikkan. Kenapa? kerana pada mereka “tanggungjawab itu lebih banyak daripada masa yang diberikan oleh PenciptaNYA (Allah swt)”.

BEGINILAH AKU MENYUSUN JADUAL

Ada 7 perkara perlu dititik beratkan. Saya ulang, ada 7 perkara.

4 yang pertama adalah perkara yang mesti anda lakukan setiap hari, manakala berbaki lagi 3 perkara adalah digunakan pada hari hari tertentu mengikut keselesaan anda. Kesemuanya mempunyai 7 perkara. Seperti berikut :

1. المشارطة / Membuat Syarat
2. المراقبة / Sentiasa Berjaga-Jaga
3. المجاهدة / Usaha Bersungguh-Sungguh
4. المحاسبة / Buat Muhasabah
5. المعاتبة / Self-Criticism
6. المعاقبة / Buat Hukuman Jika Gagal
7. المكافأة / Bagi Reward Sebab Berjaya

HURAIAN
[4 PERKARA PERLU DILAKUKAN SETIAP HARI]
1. المشارطة / Membuat Syarat
2. المراقبة / Sentiasa Berjaga-Jaga
3. المجاهدة / Usaha Bersungguh-Sungguh
4. المحاسبة / Buat Muhasabah

1-Kita memulakan pagi hari dengan membuat sedikit target apa kita mahu capai kemudian melakukan musyaratah/membuat syarat. Syarat paling penting adalah anda mensyaratkan diri sendiri untuk menjayakan apa yang telah anda rangkakan.Caranya, lepas anda solat subuh, anda duduk seketika dan bercakap pada diri sendiri. Lalu berjanji dan buatlah contoh hari ni aku nak kurang buat orang sakit hati, hari ni aku nak salin nota-nota kuliah, dan sebagainya mengikut kapasiti anda sebagai apa? Syarat paling penting adalah anda mensyaratkan diri sendiri untuk menjayakan apa yang telah anda impikan (perkara baik).

2- Selepas anda meletakkan syarat untuk capai target tersebut, sudah pasti cabarannya juga kuat. Anda berpotensi kalah dipertengahan jalan, boleh jadi anda akan patah balik pada tabiat buruk, dan sebagainya. Oleh itu proses muraqabah sangat penting iatu sentiasa berjaga-jaga dengan tipu daya godaan hawa nafsu jahat dan belitan iblis.

Caranya, anda meletakkan diri anda sebagai posisi yang selalu ‘diperhatikan oleh cctv’ iaitu Allah swt. Allah swt selalu memerhati kelakuan anda. Kemudian, antara cara paling berkesan juga, adalah anda selalu ikhlaskan niat  semata-mata kerana Allah swt. Ini kerana proses kepercayaan bagi muslim adalah akhirat. Oleh itu, anda perlu sentiasa memastikan kualiti kerja anda hanyalah semata-mata kerana Allah.

3- Tidak ada cara lain untuk memastikan sesuatu projek itu berjaya, tidak ada kejayaan tanpa ada suatu usaha kental. Maka proses ketiga adalah anda melakukan dengan bersungguh-sungguh ataupun kata lain mujahadah.

Caranya, anda mujahadah sehabis kuat, melawan kehendak nafsu dengan apa yang telah anda rancang dari awal. Nafsu ini seperti budak-budak kecil, makin anda layan makin manja, bila makin manja maka rosaklah budak-budak. Begitulah binasa diri kita apabila terlalu memanjakan nafsu syahwat.

4- Muhasabah ini dalam erti kata lain sebagai semak imbang. Kalau sesebuah kerajaan tidak mengamalkan prinsip good governance maka kita perlu semak imbang balik dimana tidak kenanya mereka itu (kerajaan).

Muhasabah diperingkat individu tidak kurang pentingnya. Ia penting kerana untuk memastikan apa yang telah dicita-citakan tercapai. Bila pada hari tersebut ada kegagalan seperti anda ikut juga belitan iblis (godaan manusia dan iblis) ataupun termakan juga suapan rasuah nafsu maka muhasabahlah balik dimanakah tidak kena? mungkin musyaratah anda tidak telus? mungkin muraqabah anda tidak serius? mungkin mujahadah anda kerana manusia?

Caranya, sebelum tido anda renung dan muhasabah sekejap, apakah sudah capai target (musyaratah) anda pada hari ini? kalau tidak berjaya, maka koreksi balik kedudukan anda.

*4 Perkara diatas perlu dibuat setiap hari. Berusahalah. Kalau anda mencintai seseorang anda pasti concern terhadap dirinya. Begitulah, kalau anda cintakan kejayaan dalam hidup, jangan cepat putus asa. Manakala berbaki 3 iaitu mu’atabah, mu’aqobah, dan mukafa’ah adalah seperti berikut :
 
[3 PERKARA PERLU DILAKUKAN MENGIKUT KESESUAIAN ANDA]
5. المعاتبة / Self-Criticism
6. المعاقبة / Buat Hukuman Jika Gagal
7. المكافأة / Bagi Reward Sebab Berjaya

1- Adakalanya kita terus kalah dengan bisikan syaitan, termakan tipu daya iblis, dan tergoda dengan nafsu syahwat. Maka ada rawatan disini, Syeikh Solah (pengarang) ada mencadangkan kepada kita melakukan proses mu’atabah iaitu Self-Citicism.Caranya anda menghadirkan rasa penyesalan yang teramat. Menyesal kenapa tidak kuat. Menyesal kenapa kembali merobohkan ‘iman’ kerana saat mendirikan ‘iman’ betapa sukar, ini kerana anda terpaksa berlawan dengan kehendak anda, berlawan dengan minat anda (cenderung kepada maksiat).

Maka proses melawan kehendakan untuk mendirikan iman itu akhirnya roboh dengan melakukan balik maksiat dan kesalahan. Selain itu, anda boleh melakukan proses self-criticism dengan memarahi diri sendiri , mencela diri sendiri kerana tidak sabar atas jalan kebaikkan yang telah anda musyaratah pada awal pagi.

Namun perlu diingat proses mu’atabah atau Self-Citicism bukan sampai ke tahap membunuh karier anda, mencela sampai anda rasa down tetapi kearah untuk mempositifkan balik kedudukan anda.

2- Setelah anda melakukan proses Self-Citicism, maka anda tidak boleh maafkan dengan hanya bercakap pada diri sendiri secara sepintas lalu. Anda perlu bertegas! disebabkan anda gagal mengikut syarat-syarat (musyaratah) yang telah anda garapkan, maka anda perlu memberi sedikit denda ataupun mu’aqobah kepada diri anda.

Perlu ingat! Syeikh menegur sesetengah pihak melakukan denda dengan hal-hal ‘ibadah’ seperti berzikir 1000000 kali dan sebagainya. Memandangkan proses  ini adalah proses hukuman atau denda maka dendalah dengan perkara-perkara yang tidak disukai oleh nafsu seperti kalau dulu anda makan nasi tambah sepinggan, selepas ini anda hanya makan nasi separuh pinggan. Kalau dulu anda ‘tidoq’ banyak maka selepas ini anda hukum diri anda dengan peruntukan waktu tidur yang singkat.

Caranya, anda hukum diri anda dengan perkara-perkara harus/mubah. Tapi cadangan kurangkan makan, dan kurangkan tidur adalah cadangan daripada syeikh.

3- Mukafa’ah ataupun rewards. Memandangkan kita ni adalah manusia, maka kita juga perlu melayan diri kita sebagai manusia. Kita ada waktu kuatnya iman, dan ada juga waktu lemahnya iman. Inilah kehidupan di dunia. Perlu seiring dengan harapan dan takut, serta melakukan proses penyesalan.

Apabila anda berjaya melakukan musyaratah, muraqabah, mujahadah dan muhasabah seperti apa anda rancang, maka berilah sedikit rewards kepada kehidupan anda. Kata lain ganjaran. Contoh, anda meletakkan target untuk mengkhatamkan al-Quran dalam masa sebulan, atau mengkhatamkan sebuah buku ataupun kitab dan sebagainya maka berilah ganjaran kepada diri anda.

Caranya, pergi makan angin. Melancong. Travel. Ini cadangan sheikh.

KESIMPULAN

Ini hanyalah sebahagian cara dan kaedah. Syeikh ada bagi cadangan kepada penuntut ilmu syariah agar melakukan beberapa hal rutin harian dan bacaan kitab asas yang wajib dihabiskan. Insya Allah ada masa kita berkongsi lagi. Sekian.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s