UBP 1 : Yahudi, Kristian, Hindu, dan Buddha Berasal daripada Islam?

ULASAN BUKU PILIHAN : Yahudi, Kristian, Hindu, dan Buddha Berasal daripada Islam?

14517404_1214572731933485_97792931631327847_n

Muqaddimah

Terlebih dahulu ingin saya ucap jutaan tahniah kepada kawan baik saya saudara Iqram yang telah berjaya menulis sebuah buku bertajuk Yahudi, Kristian, Hindu, dan Buddha Berasal daripada Islam?. Kalau tidak salah saya, proses untuk menulis buku ini bukan setahun tetapi memakan masa lebih setahun dan barangkali lebih 2 tahun. Bukan bertangguh! tetapi memastikan fakta dan sumbernya ‘autentik’, tepat dan adil.

Saya bukan seorang pembaca yang bagus, lebih-lebih lagi membaca buku yang bukan dari bidang atau minat saya. Ini bukan bermakna saya tidak suka dengan buku ini. Apa yang saya ingin katakan disini adalah, bagaimana ‘kuasa pengaruh’ penulis yang akhirnya berjaya meruntuh tembok tidak minat kepada minat. Dan saya boleh beri jaminan, bahawa buku ini lain dari yang lain jika mahu dibandingkan dengan buku-buku yang telah ditulis sebelumnya.

Barangkali penulisan kali ini sudah capai tahap matang atau masak dari sudut hujahan, sumber dan olahan yang berfokus pada objektif yang ingin dicapainya. Pada kesempatan ini, saya ingin menulis secara tidak ilmiah bagaimana buku ini sepatutnya dibaca, dimiliki dan dikembangkan.

Kenapa aku tidak minat?

Ya, sememangnya bila sudah aman dalam beragama atau dengan kata lain ‘comfert zone’ dalam Islam (lahir dalam keluarga dan keturunan Islam) kita jarang memikirkan lebih mendalam soal agama secara ‘kritikal’. Bila sudah Islam maka tidak perlu lagi fikir bagaimana agama-agama lain boleh wujud? dan inilah kebiasaannya dalam kalangan kita rasakan. Lantas , perasaan tidak minat untuk lebih tahu pasal sejarah agama bagaimana muncul, bila muncul, kawasan mana yang mula-mula muncul, apa sebab berlaku banyaknya agama dan selainnya tidak lagi mahu difikirkan.

Perkembangan Ilmu kajian Agama di Malaysia

Di Malaysia, ilmu perbandingan agama masih terlalu muda dengan Indonesia. Penubuhan univeriti Malaya (UM) pada pertengahan tahun 1960 dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1970, walaupun mempunyai fakulti pengajian Islam, tetapi tidak menawarkan kursus perbandingan agama. Hanya selepas 1983 apabila tertubuhnya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), barulah ada inisiatif memperkenalkan kursus perbandingan agama.

Pada umumnya umat Islam Nusantara kurang memberikan perhatian terhadap ilmu perbandingan agama. Menurut Mukti Ali ada kaitannya dengan cara penerimaan Islam pada awal kedatangannya dahulu. Islam yang dibawa dan disebarkan oleh ahli sufi ke rantau ini banyak menekankan aspek-aspek amali, ibadat ritual, tasawuf, zikir dan rohani.

Hal-hal berkaitan dengan aspek pemikiran, seperti falsafah, ilmu kalam amat kurang diberi perhatian. Walaupun penemuan kitab seperti Tibyan fi Ma’rifat al-Adyan karangan Nuruddin al-Raniri (m 1658 M) namun kehadirannya tidak meninggalkan kesan kepada ilmu perbandingan agama atau ilmu kajian agama. [1]

Maka penekanan kepada kefahaman hidup ‘beragam agama’ tidak dititik beratkan sehingga muncul pelbagai konflik dan salah faham.

Gambaran Keseluruhan Isi Kandungan Buku

Tajuk : Yahudi, Kristian, Hindu, dan Buddha Berasal daripada Islam?

PENGENALAN

BAHAGIAN 1: MANUSIA DAN AGAMA

Bab 1: Asal-Usul Agama

-Manusia terpilih setiap zaman

-Membersih salah faham kronologi Islam

-Hanya satu agama langit!

-Evolusi agama langit

Bab 2: Faktor Penyimpangan Agama

-Bid’ah Melahirkan agama-agama

-Satu-satunya nabi yang melarang bid’ah

-Hikmah

-Ideologi yang mengubah sejarah

-Liberalisme

-Idea semua agama berasal daripada Allah

Bab 3: Prinsip Islam

-Kewajipan umat Islam

-Ayat Tauhid

-Ayat Solat

-Ayat Zakat

-Ayat Puasa

-Ayat Haji

BAHAGIAN 2: SEMUA AGAMA BERASAL DARIPADA ISLAM

Bab 4: Agama Yahudi Berasal Daripada Islam

-Yahudi dan Yahuda

-Nabi-Nabi Bani Israel

-Kitab Agama Yahudi

-Ayat Tauhid dalam Taurat

-Nabi terakhir dalam perjanjian lama

-Perayaan Yom Kippur dan anjuran nabi Muhammad

-Pandangan Professor Moshe Sharon

Bab 5: Agama Kristian Berasal Daripada Islam

-Sejarah Jesus

-Ajaran dan Mukjizat Jesus

-Perjuangan Jesus

-Kitab Injil

-Himpunan Kitab Bible

-Tauhid dalam Injil

-Nabi Muhammad dalam Perjanjian Baru

-Kisah Raja Najashi

-Agama Islam yang diseleweng

-Islam Dibangkitkan Semula Pada Zaman Nabi Muhammad

-Nabi Muhammad Nabi Terakhir

-Al-Quran adalah kitab terakhir

-Islam agama para nabi

-Misi Tauhid

-Berpegang kepada Islam

Bab 6: Agama Hindu Berasal Daripada Islam

-Aryan dan Kesan Dakwah Nabi Ibrahim

-Kitab suci agama Hindu

-Tauhid Veda

-Tuhan Brahma itu Ibrahim a.s?

-Sungai Sarah & Sungai Hajar

-Ka’bah dalam Veda

-Konsep Rasul dalam Hinduisme

-Nabi Muhammad dalam kitab Hindu

-Ayat ramalan kedatangan nabi Muhammad dalam kitab Hindu

-Kesimpulan

Bab 7: Agama Buddha Berasal Daripada Islam

-Sejarah Sidhrata Gautama Buddha

-Anutan Buddha

-Agama Buddha tidak memperkenalkan Tuhan?

-Tuhan Maha Esa

-Muhammad Dalam Agama Buddha

-Benarkah Sidhrata Gautama Buddha seorang Nabi?

-Nabi Zulkifli?

-Ajaran Buddha diseleweng

Bab 8: Agama Zoroaster Berasal Daripada Islam

-Latar Belakang Kemunculannya

-Konsep Ketuhanan

-Konsep Malaikat

-Konsep Kepercayaan hari akhirat

-Zoroaster dan Ibrahim

-Genesis dalam Avesta

-Muhammad Dalam Zoroaster

-Koresh Agung dan para nabi Yahudi

-Wahyu Islam yang telah diseleweng

Bab 9: Agama Sabean Berasal Daripada Islam

-Kitab Suci

-Konsep Nabi-nabi

-Konsep Ketuhanan

-Ibadah

-Agama Tauhid yang diseleweng

Bab 10: Agama Sikh Berasal Daripada Islam

-Guru Nanak Dev

-Muslimkah Nanak?

-Wujudnya Agama Sikh

Bab 11: Agama Baha’i Berasal Daripada Islam

-Aqidah dan Ajaran

-Penyelewengan daripada agama Islam

BAB 12: Agama non-Wahyu

-Polemik yang memerlukan bukti

-Nabi-nabi dari tamadun China?

-Taoisme

-Konfusianisme

-Firaun Akhenaten seorang nabi?

-Socrates nabi dari Yunani?

PENUTUP

BIBLIOGRAFI

stressed_student
Makin anda baca makin banyak benda menarik, makin nak tahu dan nak tahu. Berkerut2 dahi kau.

10 Perkara Tentang Buku Ini.

Saya tidak akan membahas satu persatu bab, saya hanya akan buat sedikit kesimpulan awal saya dan 10 point penting yang saya belajar daripada penulisan Iqram.

  • Bagaimana Islam yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul yang lama berzaman, akhirnya muncul berpuluh-puluh agama yang baru. Kalau boleh saya sebut disini, ianya berpunca daripada penyelewangan daripada ajaran tauhid yang sebenarnya akibat daripada manusia memandai-mandai dan melakukan perkara bida’ah dan khurafat dalam agama. Apakah hujahan ini tidak tepat? anda akan ketemu jawapan kukuh didalam buku ini.
  • Manusia akhirnya berhajat kepada agama. Mungkin hujahan saya ini terlalu dangkal bagi sesetengah pihak yang melihat dari aspek lain. Sebagai ‘muslim’ saya percaya bahawa tauhid membimbing fitrah manusia. Apabila Allah s.w.t. menciptakan fitrah bertuhan (beragama) dalam setiap jiwa manusia, sudah pasti Allah s.w.t. memberi aturannya supaya manusia mengenal Tuhan sebenar yang berhak disembah. Allah s.w.t. amanahkan aturan itu kepada manusia yang diutus- Nya dalam kalangan masyarakat yang dikenali sebagai rasul.
  • Saya mula menghargai nikmatnya berada dalam agama Islam. Maafkan saya kepada kawan-kawan non muslim. Mungkin kenyataan saya ini sedikit mengguriskan, tapi inilah kesimpulan yang saya dapat setelah saya membaca buku ini penuh minat, teliti sehinggakan saya tidak tidur malam. Untuk menjawab persoalan ini bukan mudah kerana pengalaman beragama berbeza dalam kalangan kita. Benar, agama itu dari Allah, pengalaman beragama itu adalah dari manusia. Buku ini akan membawa anda memahami sejarah agama secara kronologi.
  • Lalu setelah kita percaya betapa pentingnya agama dalam kehidupun maka timbulah perdebatan hebat dalam kalangan manusia, agama apakah yang membawa manusia kepada kejayaan didunia dan diakhirat. Sebagai muslim sudah tentulah Islam. Namun didalam ilmu perbandingan agama, menjawab persoalan itu tadi bukan semudah yang disangka. Oleh sebab itulah berlaku perdebatan dan perselisihan teori atau mengeluarkan pendapat masing-masing.  Apakah isu perdebatan itu? anda boleh dapati pada buku ini.
  • Banyak faktor penyelewengan antaranya ketidaksampaian risalah tauhid kepada mereka disebabkan faktor geografi/komunikasi yang menghalang, ataupun faktor budaya dan tradisi yang sukar menerima sesuatu yang baru. Sebenarnya banyak lagi faktor lain, anda bisa menemukan setelah membaca buku ini.
  • Banyak persoalan menarik timbul, kenapa penulis memulakan dengan agama Hindu? siapakah nabi atau rasul diutuskan pada zaman tersebut? untuk makluman, banyak fakta-fakta baru bagi mereka yang belum terdedah kepada ilmu kajian agama atau perbandingan agama. Apakah setiap zaman adanya nabi dan rasul? [Tidak keterlaluan sekirannya dikatakan mereka itu juga sebahagian daripada 124,000 orang nabi yang diutuskan kepada setiap kaum walaupun kita mengenali mereka dengan nama-nama Socrates, Plato, Kung Fu Tze, dan Zharastustra. Mungkin namanya kedengaran tidak Islamik. Tetapi hakikat kebenaran bukan terletak pada nama). [2] 

“Persoalan timbul , Adakah benar agama yang diseru oleh tokoh mereka itu menyeru             kepada konsep beragama seperti yang mereka amalkan sekarang”?

  • Menurut penulis, hanya satu sahaja agama dari langit. Isu ini agak berat untuk diterima bagi mereka yang tidak mempunyai bacaan yang kritikal. Ini kerana sudah sekian lama kita fahami bahawa agama samawi itu ada 3 iaitu Islam, Yahudi dan Kristian. Hujahnya dalam al-Quran Allah menggelarkan mereka sebagai ahli kitab. Tetapi menurut kajian sdr Iqram, hanya satu sahaja agama yang duturunkan dari langit lama berzaman hanya satu iaitu Islam. Apakah saudara Iqram mahu melawan naratif ini? jawapan itu tidak mudah untuk saya tulis disini, maka ini alasan untuk anda terlebih dahulu membaca dan mengkaji serta menjemput beliau berdiskusi secara aman dan matang.
  • Selain itu, penulis ada bertanya kepada pembaca, bilakah agama Islam ini bermula? rata-rata akan menjawab ia bermula pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Adakah benar begitu jawapannya? Ringkasnya tidak. Bagaimana tidak? anda boleh membaca buku ini bagaimana penulis membersih kronologi salah faham tentang Islam.
  • Adalah menjadi satu kesilapan besar sekiranya Nabi Musa a.s. membawa agama Yahudi dan Nabi Isa a.s. membawa agama Kristian seperti mana yang terdapat dalam buku-buku sejarah dan teologi. Apakah statement ini membuat anda berkerut dahi? setuju atau tidak inilah antara hujah terpenting penulis membetulkan salah faham terhadap isu yang telah disebutkan tadi.
  • Sebenarnya masih banyak benda menarik tetapi cukuplah 10 saya gariskan disini. Saya ingin menarik perhatian anda semua kepada beberapa persoalan yang saya dapati ada pada buku ini :

-Mengapa dalam agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. terdapat kisah- kisah nabi terdahulu? Apa kaitan Baginda dengan nabi-nabi terdahulu?

-Nabi Muhammad s.a.w. adalah berbangsa Arab, namun kenapa Al-Quran harus bercakap mengenai bangsa lain terutama sekali bangsa Yahudi?

-Mengapa Al-Quran mengakui kitab-kitab terdahulu, malah terdapat banyak persamaan hukum di dalamnya?

-Bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. tahu mengenai kisah para nabi bangsa Yahudi, sedangkan dalam sejarah hidup Baginda tidak pernah belajar mengenai agama Yahudi dan tidak pernah membaca Taurat dan Injil?

Penutup

Selamat membaca. Selamat berkerut dahi memikirkan sesuatu yang menarik dan baharu. Baharu yang bakal menguatkan lagi iman dan kepercayaan anda. Sekian.

Nota Kaki

[1] Ilmu perbandingan agama : suatu pengenalan, Ghazali bin Basri, Kolej Darul Hikmah (ABIM) 2014.

[2] Buku Yahudi, Kristian, Hindu, dan Buddha Berasal daripada Islam? muka surat 12.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s