Surah AlFatihah : Bekalan Hidayah (1)

2d07346ec6a1de622b177157d729ab0a

Surah alFatihah merupakan ibu kepada surah-surah yang terkandung di dalam al-Quran. Kalau kita  mahu memahami isi kandungan al-Quran secara ‘overview’ maka surah al-Fatihah adalah ‘gambaran’ awalnya. Surah ini surah penting, surah yang wajib dibaca sebanyak 17 kali sehari semalam. Tanpa membacanya pasti solat fardhu kita tidak diterima.

Surah alFatihah membimbing kita kepada hakikat tauhid bahkan surah ini juga memaknai tauhid dalam kehidupan kita. Ada 2 potong ayat alQuran mengukuhkan lagi kedudukan tauhid dalam kehidupan seharian manusia. Tauhid mengajar kita bahawa (makhluk) didunia itu ada penciptanya, ada tujuannya (tugasan), dan membenarkan kewujudannya.

AYAT TAUHID [1] MENUNJUKKAN ADA SANG PENCIPTA & PUNYAI TUGASAN (IBADAH)

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ  

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Azzariat : 56)

AYAT TAUHID [2] MENGAJAR MANUSIA BAHAWA KITA PERLU MEMBENARKAN KEWUJUDANNYA.

ٱللَّهُ ٱلَّذِى خَلَقَ سَبۡعَ سَمَـٰوَٲتٍ۬ وَمِنَ ٱلۡأَرۡضِ مِثۡلَهُنَّ يَتَنَزَّلُ ٱلۡأَمۡرُ بَيۡنَہُنَّ لِتَعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬ وَأَنَّ ٱللَّهَ قَدۡ أَحَاطَ بِكُلِّ شَىۡءٍ عِلۡمَۢا

Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Dia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu. (Attalaq : 12)

Maka 2 bentuk ayat tauhid di atas, jelas kepada kita bahawa tauhid itu ada 2 entiti. Tauhid amali (ibadah) dan tauhid ilmi (penghayatan).

TAUHID AMALI

Tauhid amali (ibadah)  ialah memaknai setiap ibadah yang kita lakukan itu perlu ikhlas semata-mata kerana Allah swt. Mereka solat, solat kerana Allah. Mereka sembeli haiwan, sembelih atas nama Allah. Mereka bernazar, nazar kerana Allah. Mereka merintih, rintih hanya tulus kepada Allah. Mereka mengadu dan meminta pertolongan, aduan itu langsung kepada Allah. Mereka tidak bermadad, melainkan dengan Allah.

TAUHID ILMI

Tauhid ini kalau di fahami dengan baik, dihayati dan diserapi dalam kehidupan pasti kita tidak akan sunyi kerana kita sedang berinteraksi dengan 2 perkara. Melalui 2 perkara ini akan menyambung talian hayat tauhid serta menyedari kehidupan ini adanya Sang Pencipta.

Pertama ialah Alam Ciptaannya. Kedua Nama-Nama-Nya & Sifat-Sifat-Nya Penuh Mulia.

PERTAMA : ALAM CIPTAAN

17593_534467159917431_1803060527_n

Ramai masyarakat melayu kita bertelingkah soal ayat-ayat mutasyabihat di dalam al-Quran. Mempersoalkan tuhan berada dimana. Sedangkan persoalan itu di timbulkan hanyalah untuk menunjukkan siapa lebih juara pada hujah. Malangnya, ia tidak bawa kita kepada memaknai tauhid dalam kehidupan. Iman tidak bertambah. Yang bertambah adalah musuh dan persengketaan.

Maka, tauhid yang perlu kita maknai kali ini ialah melihat pada alam ciptaanNya yang penuh halus, seni, maha dahsyat serta tidak ada satu teknologi bisa meniru 100% seperti bentuk asal kejadian. Ini mengukuhkan kita adanya Tuhan. Maka Tadabburlah Alam ini, kerana ia perintah Tuhan kepada kita.

Bahkan alQuran mengukuhkan lagi peri-pentingnya melakukan proses tadabbur alam. Kenapa? kerana kita sedar penuh rasa insaf disana ada-NYA sebuah kerajaan kekal abadi, ada-Nya pemerintahan yang penuh berkuasa, kuasa yang luar biasa. Yang dimaksudkan itu, tidak bukan adalah kerajaan Allah SWT.

KEDUA : NAMA-NAMA ALLAH & SIFAT-SIFATNYA PENUH KEMULIAAN.

Disebalik Nama-Nama Allah dan Sifat-SifatNya yang tidak terhad hanya 99Nama sahaja, terkandung seribu (tidak terbilang) makna dan hikmah disebaliknya.

Bahkan kalau kita hayati ssalah satu daripada Namanya iaitu Wahhab (Ya Wahhab). Perkataan Wahhab dalam bahasa arab juga bermakna hadiah (hibah). Maka Nama Allah swt melalui  WAHHAB  mengajar kita betapa tuhan kita sangat pemurah dan suka memberi setiap apa diminta oleh hambanya. Yang tinggal lagi, apakah hambanya rindu dan selalu memohon meminta dengan Ya Wahhab?

sayang-adik-adiknya

Saya bawa contoh betapa mujarabnya Ya Wahhab bila kita berdoa dengan-Nya penuh kefahaman, kepercayaan dan yakin (tauhid) melalui sebuah kisah benar yang berlaku pada seorang Nabi  yang mana diujinya dengan zuriat, iaitu Nabi Zakaria. Baginda merintih kepada Allah dengan hajatnya untuk mendapatkan cahaya mata dalam keadaan diri baginda sudah tua dan manakala isterinya seorang yang mandul, lalu apakah baginda sebut dalam doanya?

Kisah ini dirakam dalam alQuran pada surah al-Imran ayat 38. Perhatikan, Nabi Zakaria menggunakan Nama Allah yang Maha Agung iaitu , Wahhab. Perhatikan dibawah :

هُنَالِكَ دَعَا زَڪَرِيَّا رَبَّهُ ۥ‌ۖ قَالَ رَبِّ هَبۡ لِى مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً۬ طَيِّبَةً‌ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ ٱلدُّعَآءِ

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku (Maha Pemberi/Hadiah)! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan (al-Imran : 38)
Apa yang terjadi selepas permintaan Nabi Zakaria dengan Nama Allah Ya Wahhab?
Allah swt menyampaikan sebuah berita gembira pada ayat 39 dalam surah yang sama.
فَنَادَتۡهُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَهُوَ قَآٮِٕمٌ۬ يُصَلِّى فِى ٱلۡمِحۡرَابِ أَنَّ ٱللَّهَ يُبَشِّرُكَ بِيَحۡيَىٰ مُصَدِّقَۢا بِكَلِمَةٍ۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَسَيِّدً۬ا وَحَصُورً۬ا وَنَبِيًّ۬ا مِّنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ
Lalu dia diseru oleh malaikat sedang dia berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya): Bahawasanya Allah memberi khabar yang menggembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak lelaki bernama) Yahya, yang akan beriman kepada Kalimah dari Allah, dan akan menjadi ketua dan juga akan menahan diri dari berkahwin dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang soleh (al-imran : 39)
sujud-tilawah
Subhanallah indahnya kalau kita punyai ilmu dan keyakinan seperti Nabi Zakaria ini, setiap apa kita ucap, baca dan lihat pasti ada terselitnya tauhid. Tauhid inilah memaknai lagi kehidupan bahawa perlunya kita pada tuhan setiap masa dan ketika. Tauhid bukan lagi ajaran untuk melabel siapakah terlebih ahli sunnah wal jamaah atau siapakah terlebih salafi? ataupun juga fitnah berpanjang oleh sebahagian kelompok yang akhirnya, keindahan tauhid tidak lagi kita hayati serta memaknainya dalam kehidupan kita didunia.
Oleh itu, doa tersangat penting bagi orang Islam. Doa merupakan talian hayat bahkan ia bukan pilihan tetapi satu keperluan. Maka, berdoa ada seninya dan aturannya. Bukan macam bomoh 1Malaysia yang sedang menunjukkan kebodohannya kepada seluruh dunia. Allah yahdihim.
Doa juga sebahagian ibadat yang penting. Maka berdoalah dengan aturan yang betul. Doa & Tauhid merupakan perisai ampuh untuk capai hajat dan permintaannya.

PESANAN PENTING NABI MUHAMMAD SAW KEPADA IBN ABBAS

2012-11-02-06-52-24.jpg

عبْد الله بن عَبّاسٍ -رَضِي اللهُ عَنْهُما- قالَ: كُنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- يَوْمًا، فَقَالَ: ((يَا غُلاَمُ، إِنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ؛ احْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ، احْفَظِ اللهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ، إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللهَ، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ، وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ عَلَيْكَ، رُفِعَتِ الأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفُ))

Abdullah bin ‘Abbas –radhiyallahu ‘anhuma– menceritakan, suatu hari saya berada di belakang Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Beliau bersabda, “Nak, aku ajarkan kepadamu beberapa rangkap kalimat: Jagalah Allah, niscaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, niscaya kau dapati Dia di hadapanmuJika engkau hendak meminta, mintalah kepada Allah, dan jika engkau hendak memohon pertolongan, mohonlah kepada Allah. Ketahuilah, seandainya seluruh umat bersatu untuk memberimu suatu keuntungan, maka hal itu tidak akan kamu perolehi selain dari apa yang telah Allah tetapkan untukmu. Dan andaipun mereka bersatu untuk melakukan sesuatu yang membahayakanmu, maka hal itu tidak akan membahayakanmu kecuali apa yang telah Allah tetapkan untuk dirimu. Pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering.” (1)

 

SURAH ALFATIHAH

Maka surah alFatihah ini, merungkai kepada penganutnya bahawa salah satu inti dalam surah ini adanya membahaskan bagaimana memaknai kedudukan Tauhid dalam kehidupan kita. Maksudnya hubungkait tauhid dengan alam, dengan ibadah, kehidupan, pekerjaan, dan sebagainya. Di sana adanya ‘link’ dengan tauhid. Oleh itu, surah alfatihah ini kalau ditadabbur dengan penuh insaf mampu membaikki balik kegelisahan jiwa, kemurungan dan kesepian yang berpanjangan.

 

Insya Allah, kita akan cuba korek khazanah surah al-Fatihah yang maha luas intipatinya. Hujungnya adalah mengakui bahawa Allah itulah tuhan kita. Ibadah (d0a, solat dan lln) hanya langsung kepada Allah dan mati hidup semuanya ada kualiti atas tujuan dunia (kembangkan kemajuan dan kualiti hidup) serta persediaan alam akhirat yang abadi.

Bersambung..

18/3/2017 [UIM-255]

17103698_1429896487076723_4987486141692368335_n

Nota Kaki
(1) Sejumlah ulama pengumpul hadis telah mengabadikan hadis ini di dalam karya tulisan mereka. Di antaranya : Imam Tirmidzi di dalam kitab beliau Sunan At Trmidzi no. 2516, Imam Ahmad bin Hambal di dalam kitab Al Musnad: 1/307, dan beberapa ulama lainnya.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s