Cerita Bangkit Selepas Gagal #1

29684242_235424797021603_2320936002227361521_n

Menuntut ilmu ni hakikatnya mudah buat mereka yang ikhlas, bertaqwa, mukmin dan tidak menjadikan agenda dunia sebagai habuan atau tebusannya. Namun keadaan dunia pada hari ini mendesak ramai penuntut ilmu terpaksa memikirkan nasib dirinya. Lalu mereka mengambil kira serius tentang CGPA, kegiatan berpersatuan, dan kemahiran bahasa (BI dan BA). Semua ini penting. Saya tidak nafikan.

Cuma..

Saya perhatikan, dunia pengajian syariah hakikatnya tidak sama dengan dunia pengajian yang lain. Pelajar ekonomi, sains, dan sebagainya mereka mempunyai cabaran lain. Manakala pelajar syariah pula cabaran terbesar adalah pada niat dan hubungan dengan tuhan. Saya lihat dua inilah yang akan menentukan bagaimana akhirnya pelajar syariah itu mempersembahkan dirinya dalam apa jua lapangan. Baik diperingkat nasional, industri, pejabat-pejabat dan sebagai pendidik.

Bukan merendah-rendahkan pengajian syariah. Silap sama sekali. Tahukah anda, berbezanya kita sebagai penuntut ilmu syariah ialah pada ayat :

 قوله تعالى : هو الذي بعث في الأميين رسولا منهم يتلو عليهم آياته ويزكيهم ويعلمهم الكتاب والحكمة وإن كانوا من قبل لفي ضلال مبين 

“Allah lah yang telah mengutuskan seorang Rasul kepada kaum yang buta huruf dalam kalangan (bangsa) mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menyucikan (jiwa) mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (sunnah), meskipun sebelum itu mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata”      (62 : 2)

Ayat ini akhirnya menjawab persoalan saya. Persoalan ini telah lama mengakar dalam akal fikiran, hati dan jasad saya sehinggakan saya terlalu hanyut dengan impian dan cita-cita melangit.

Saya hanyut. Hanyut dengan dunia angan-angan. Akhirnya ia memamah hampir sebahagian masa dan usia saya dalam rehlah mencari Ilmu. Alhamdulillah, akhirnya saya cuba untuk bangkit kembali walaupun perit untuk menghadapinya, tetapi inilah keputusan yang pernah saya berjanji dengan Allah ta’ala seminggu sebelum saya mengambil SPM dahulu pada tahun 2009.

‘Inilah’ (some text missing) janji saya pada tuhan sekiranya tuhan menerbangkan saya ke luar negara baik Madinah atau Jordan untuk menjadi sebahagian penuntut ilmu syariah.

Seawal tiba, nawaitu masih jelas, bersih dan kuat.

Namun peredaran masa, keterdesakan sosial, tekanan ekonomi, peluang kerjaya makin sedikit dan sebagainya yang membuatkan saya akhirnya lalai dan leka. Saya terpaksa menanggung derita BATIN ini hampir 5 Tahun. Bolehkah tuan tuan bayangkan 5 tahun berada dalam kesesatan BATIN? kemudian dibuai dengan pelbagai janji manis, impian menggunung, dan bisikan ‘baik’ syaitan? Sedangkan syaitan itulah musuh yang nyata. Semua yang merosakkan nawaitu saya ini hadir sewaktu saya menuntut ilmu.

Benarlah waktu menjadi seorang pelajar (A Student) kita perlu memberi fokus sebulatnya untuk ilmu itu. Apakah nasib dimasa hadapan itu akan bukan lah fokus utama sehingga menenggelamkan watak seorang penuntut ilmu.

Akhirnya, satu peristiwa ini telah menyentap saya apabila markah peperiksaan bulanan saya teruk. Walaupun saya membacanya sampai lumat dan hancur nota-nota yang saya sediakan beberapa minggu lebih awal, tetapi daripada 5 soalan besar, hanya 1 sahaja saya mampu jawab dengan baik.

Ini semua gerak geri dari Allah, mengetuk kelalaian saya. Menyedarkan saya. dan Mengajak saya balik dan pulang ke pangkuannya sebelum saya menamatkan tanggungjawab saya dalam dunia pengajian ilmu syariah ini.

Apakah mimpi dan angan-angan yang mengganggu fokus saya? saya bermimpi untuk menjadi sebahagian ahli dalam industri kewangan. So apa masalahnya? masalahnya bila anda belajar ilmu syariah kerana untuk meraih sesuatu redha selain redha Allah. Inilah yang saya tanggung. 

Kenapa industri kewangan? Saya ada impian untuk menunjukkan kepada dunia dan bangsa bahawa terdapat kaedah dan solusi syariah dalam berinteraksi dengan isu kewangan, agihan ekonnomi dan pengurusan harta. Baik melalui bank atau anak-anak syarikat. Pun begitu, saya tahu ramai teman-teman saya menganggap bank itu sebenarnya punca kerosakan ekonomi dan sosial. Saya jawab ya, tapi tidak semua. Kenapa? disinilah adanya beberapa sudut pandang qawaed fiqh, fiqh maalat, dan maqasid syariah yang wajib di pandang dan diteliti berdasarkan data-data yang realiti (ada).

Namun bebanan untuk menuju kearah seorang ahli industri kewangan membuatkan saya akhirnya lupa diri, lupa nawaitu asal, lupa ALLAH dan lupa bumi yang saya mencari bekalan ilmu ini sebenarnya lebih luas dari apa yang saya terbelit oleh keindahan keindahan yang bersifat materialistik tadi.

Saya gagal dalam peperiksaan bulan. Saya memperolehi 5/20 markahnya. dan saat ini saya masih merenung pada diri saya. Apakah hikmah disebalik semua ini?

Akhirnya..

Bangkit selepas gagal benar-benar mengajar saya erti seorang hamba pada Tuhan yang Maha Kaya. Saya juga belajar erti apakah makna sebuah kehidupan bagi penuntut ilmu yang sewajarnya saya nikmati sebelum saya tamatkan pengajian tanpa terlalu memikirkan soal kerjaya dan sebagainya.

Ujian kegagalan ini tidak sesekali mematah semangat saya walaupun pada awal saya tidak boleh menerima hakikat dengan markah itu. Tetapi saya muhasabah apalah sangat markah dengan kesedaran hidayah Allah untuk saya jadi lebih baik dan cekal selepas ini. Akhirnya saya tanggal semua pelekat di dinding tentang impian yang melalaikan saya. Saya tinggalkan tagging “who is me? A Student”.

Saya mahu kembali kepada asas. Waktu ini, saya tak mahu terlalu overthinking dan obvious untuk menjadi apa apa. Saya tidak mahu menjadi sesuatu yang belum tiba masa matangnya. Buat masa sekarang, saya memilih untuk menjadi seorang penuntu ilmu syariah yang berdisiplin dan berakhlak. Serta meletakkan nawaitu (niat) hanya meraih redha Allah dan balik menjadi seorang manusia dan anak soleh kepada kedua ibu bapa saya.

Cukuplah dengan angan-angan sebelum ini.

Saya akan tamatkan pengajian ini dengan sehabis daya dan bertawakkal kepada Allah apakah nasib saya selepas pengajian ini. Kepada yang membaca tulisan ini, yakinlah tidak susah menuntut ilmu syariah kalau anda ikhlas, bertaqwa, mukmin dan tidak menjadikan agenda dunia sebagai habuan atau tebusannya.

Ambiklah pengajaran kesesatan BATIN saya selama 5tahun ini agar anda tidak mengulangi derita batin sama seperti saya. Agar anda juga tidak mencebek muka di hadapan cermin dan mengutuk sehingga anda tidak berbuat apa-apa kerana terlalu kecewa.

Saat ini alhamdulillah, saya belajar sesuatu hal besar iaitu musuh utama saya adalah syaitan yang cuba membelit saya dengan keindahan yang jelas mendustakan, kurangnya ibadah malam dan membelit saya dengan keyakinan soal rezeki dan konsep tawakkal.

Bangkit selepas GAGAL benar-benar membuatkan kita yakin soal janji janji Allah. Hal terbesar sekali ialah soal tawakkal. Sebagaimana Allah berfirman:

                         وَعَلَى اللَّهِ فَتَوَكَّلُوا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ   

           “Dan hanyasanya kepada Allah lah sepatutnya kamu bertawakkal , jika kamu yakin diri kamu itu orang yang beriman” ( 5 : 23 ).

Saya tidak akan sesekali membiarkan perjuangan ini berakhir hanya kerana dengan sedikit kegagalan (5/20 tadi) kerana saya yakin tidak ada orang berjaya tanpa pernah melalui kegagalan. Dan saya berjanji dengan tuhan, bahawa musuh utama saya adalah SYAITAN.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s